Ahad, Ayah selsema. Makin lama makin teruk dan akhirnya demam takleh bangun2. Hanya bangun solat dan minum dan makan ubat saja. Sebenarnya malam tadi dah start selsema sikit2 membawa ke pagi seterusnya demam terus. Oleh kerana Ayah demam so kami postpone la nak balik kot2 petang2 karang kebah dah demamnya. Oye, sebenarnya plan asal kami nak ke open house officemate Ayah di Ipoh. Kira cam kawan baik jugak la. Tapi terpaksa batal la sebab Ayah demam takleh bangun lak tu.
Oleh kerana Isnin Mama bekerja, dan adalah malu jika nak amik mc setelah bersuka ria cuti 3 bulan kan, so petang tu Mama dan anak2 balik ke rumah nak ambik barang2 dan baju nak kerja esok. Ditemani Tok Mama juga. Kami keluar jam 4.30 petang sebab ada urusan lain.
Lebih kurang jam 7.00 malam baru kami sampai rumah setelah selesai urusan. Melompat sana sini, capai itu ini, mandikan anak2, solat Maghrib, kami gerak cari makan lak. Selesai semua, balik rumah Tok Abah untuk makan. Ayah makan juga. Mungkin sebab lapar sangat seharian tak lalu makan dek kerana tekak sakit.
Esoknya Mama dah sedar seawal jam 5.00 pagi. Tapi gatal delay2 bangun sampai dekat kul 6.00 baru nak bangun. Ko ingat sempat ke, dengan nak mengepam lagi (oh, ini memang acara wajib sebab B memang akan bengkak setiap kali bangun pagi), dengan nak bawa masuk barang2 yang berbondong2 itu lagi ke dalam kereta, belum campur anak2 meragam (abang Iman demam so memang manjanya lebih sikit la). Oh, dugaan sungguh....
Plan asal nak keluar rumah jam 6.45 - 6.50 pagi last2 jam 7.10 pagi baru gerak. Kalau gi kerja dari rumah Tok Abah (sebelum2 ni pun dah pernah beberapa kali gi kerja dari rumah Tok Abah), kena keluar lebih awal dari rumah sendiri sebab nak pusing jauh untuk ke rumah Opah pengasuh anak2.
gambar anak2 sekadar hiasan ;)
Ikutkan 7.10 tu adalah lewat kalau keluar dari rumah Tok Abah sebab nak kena campur masa untuk bagi amanat kat Opah lagi. Kalo masa Iman sorang dulu leh jugak cut2 sket amanat tu, ni dah ada adik yang menyusu ebm, amanat tu kena panjang lebar sket la. Tambah2 baru hari kedua kan. Pastu Opah pulak takde pengalaman handle ebm. So memang kena teliti sket penerangannya. Dah terangkan Jumaat aritu pun still Mama terangkan lagi bagi bebetul terang. Hihi.. Siap masuk rumah kata ko. Dulu masa Iman Mama cuma hanta kat pagar saja. Paling kuat pun kat ruang tamu saja. Ni sampai ke dapur siap tolong simpan ebm dalam peti ais lagi. Haha.. Demi anak kan..
Bukan apa, Mama nak pastikan ebm tu tersimpan elok. Tapi 1st day jela Mama tolong simpan dalam peti ais. Hari kedua ni Takde dah la. Tapi tetap ke dapur jua sebab buaian anak2 letak di dapur (tapi rumah Opah ni bersih sangat dan selesa walaupun di dapur.. alhamdulillah...)
Pas hantar anak2 memecut pula ke sekolah. Sampai dah kul 7.30 pagi. Nasib baik hari ni ada perhimpunan dan loceng bunyi jam 7.40. Kira ngam2 soi la Mama sampai tu. Lega.. ;)
Di sekolah hari ni lak macam2 benda kena buat. Pagi2 pagi pas perhimpunan kena ngadap bos. Dah dapat kerja. Due date lagi 2 minggu. Adoiii.. Harap2 tak stress dan memberi kesan kepada production susu Mama.
Dah lama tak update cerita ceriti breastfeeding journey Mama. Stok ebm dalam deep freezer juga dah kulonggok2 gitu saja. Eh, bila nak susun stok ni ye. Aduh...
Hari ketiga bertugas semula nak tengok camne lak. Awal2 bekerja semula setelaj bercuti panjang adalah amat meletihkan sebab nak kena cari balik rutin yang dulu yang dah ala2 lupa tu. Huhu..
Oye, bekalan ebm Bunyamin yang Mama bekalkan harini adalah 3oz x 5 botol. Kenapa 5 botol? Sebab Jumaat aritu ebm adalah tak cukup dan Bunyamin adalah nanges2. Tapi balik2 sekolah arini hanya habis 9 oz saja. Haha.. Adik.. adik.. Makanya baki 6 oz lagi Mama simpan dalam peti ais Opah dan akan digunakan esok. Esok Mama cuma akan bawa 9 oz saja la.. ;)
_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?aa6ecc546e97bf32c9e47a5e82715560
0 comments:
Post a Comment