Pagi ini Mama bangun seawal jam 5.00 pagi untuk mengepam, juga taknak kelam kabut menyusukan Bunyamin sebelum Mama keluar bekerja. Juga hari pertama nak hantar Bunyamin ke rumah Opah, pengasuh anak2.
Doa dan harapan Mama moga semua urusan kami sekeluarga dipermudahkan Allah swt. Harap2 sgt Opah dapat handle ebm dengan baik. Petang semalam dah ke rumah Opah briefing sikit tentang pengendalian ebm. Moga2 segalanya berjalan lancar.
Untuk hari pertama ini Mama bekalkan Bunyamin dengan fresh ebm semuanya, iaitu 3 botol X 2.8 oz.. Sebab apa Mama bekalkan 2.8 oz sebab kalau bagi 3 oz Bunyamin tak habis, tinggal sikiiiit je kat dasar botol. Kalau bagi 2.5 oz lak adakalanya macam nak lagi. So bagi la tengah2 antara 2.5 dan 3 oz tu.
Tengok hari ni camne, lagipun hari ni Jumaat, sekolah sampai jam 12.00 tengahari saja. Kalau lajak pun dalam kul 1.00 je. Moga dipermudahkan... ;)
0 comments:
Post a Comment