♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, September 12, 2011

BF Journey @ Tempat Kerja : Day 1

Hari pertama mula bertugas semula. Rasa bersemangat nak memulakan bf journey di tempat kerja. Ada juga rasa risau meninggalkan Bunyamin dengan pengasuh sebab hari pertama kan, mungkin belum boleh baca perangainya. Juga risau pengendalian ebm oleh pengasuh. Namun Mama serahkan kepada Allah swt sahaja. Moga segalanya dipermudahkanNya.


Bekerja seperti biasa. Kebetulan hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk dalam banyak2 hari sekolah yang Mama ada. Ini disebabkan oleh kelas yang pack, juga kena siapkan buku rekod mengajar nak submit ke pejabat untuk ditandatangani, belum masuk nak tele balik silibus pelajaran takat mana dah, dengan nak mengepam lagi. Aduh..


Alhamdulillah.. sempat juga Mama mengepam 3 kali dalam duk kelam kelibut itu. Tapi Mama hanya dapat pam dalam 10-15 minit saja instead of 30 minit untuk bebetul kosongkan B. Takpe kejap pun asalkan ada demand. Hasil perahan Mama lupa nak snap. Dapatlah dalam 13 oz.. Syukur sangat2..


Bila budak2 semua dah balik, selepas loceng akhir persekolahan berbunyi Mama jalankan operasi mengepam. Kejap je sebab nak balik dah kan. Lebih kurang jam 12.15 tengahari, Opah pengasuh anak2 kol bagitau susu Bunyamin habis dan Bunyamin nangis2. Aduh, berkejar Mama balik.


abang yang ensem


Sampai2 rumah Opah, hujan turun dengan lebatnya dan kami terperangkap di rumah Opah. Mama cuba susukan Bunyamin tapi dia taknak. Siap buat aksi nak termuntah pastu gelak2 seronok. Rupanya Bunyamin bukan lapar tapi nak orang main dengan dia. Yela, Opah kan baru 1st time jaga Bunyamin mesti la belum dapat baca perangai dia lagi. 


adik yang bam bam


Sebenarnya masa Mama train Bunyamin minum ebm dalam cuti aritu, 9 oz adalah cukup sehingga jam 12.00 tengahari. Tapi mungkin sebab pertama kali di rumah orang dan ditinggalkan Mama, Bunyamin tak betah tidur lena. Bila tak tidur mula la nak main atau nak nyusu. Kelam kelibut Opah dibuatnya.


So, Isninnya Mama akan bekalkan ebm lebih sikit untuk Bunyamin. Tambah pulak Isnin Mama balik sekolah lewat sikit. Moga segala urusan kami berjalan lancar.. 


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥