Mempunyai anak dengan kekurangan enzim g6pd bukanlah semudah yang disangka. Banyak perkara perlu dititikberatkan terutamanya dari segi pemakanan, persekitaran dan orang sekeliling.
Bunyamin menyusu badan sepenuhnya. Oleh sebab itu Mama perlu berhati2 memilih makanan agar tidak memberi kesan negatif terhadapnya. Bila nak makan sesuatu, perkara pertama dalam fikiran Mama adalah 'Bunyamin boleh makan ke ni?'
Bukanlah bermakna nak bagi Bunyamin makan benda alah tu, tapi apa yang Mama makan turut menjadi makanan Bunyamin kan. Oleh sebab itu haruslah lebih selektif bila nak makan. Yang paling tak boleh makan adalah kacang parang atau ada jugak orang panggil kacang sepat. Lain2 kacang kalau boleh elak, elak la. Tapi kalo dah teghinginnya tahap terketar2 Mama try jugak sikit dan tengok kesannya pada Bunyamin.
Mama adalah hantu coklat vanhouten (hazel nuts). Mula2 makan sket dulu try2. Tengok Bunyamin ok2 saja. Matanya putih, kulitnya kemerahan tak kuning. So maknanya dia ok la dengan hazel nuts kan. Tapi kebanyakan kacang Mama tak makan la. Lebih baik mencegah kan. Cuma coklat tu je tak dapat elak kena try jugak sebab memang feveret.. ;)
si kecil Bunyamin yang comel
Selain pemakanan, Mama juga runsing bila Bunyamin kembung perut. Bunyamin tak boleh disapu dengan minyak2 panas atau berangin macam vicks atau minyak yu yee. Masa Abang Iman dulu minyak yu yee tu cukup serasi bila abang kembung. Sapu yu yee insya-Allah boleh la tidur.
Tapi si adik ni Mama taktau nak sapu minyak apa. Malam Jumaat lalu adalah kembung perut yang paling teruk. Meraung2 Bunyamin. Mama sapu juga minyak afiat dengan harapan takdela efek negatif terhadap adik. Pun tak jalan.
Akhirnya Mama diberi ilham oleh Allah bahawa baby g6pd tak alah dengan ubat2 homeopathy. Mama dah try makan masa dalam pantang aritu dan alhamdulillah berkesan. Mujur juga ada kat rumah ubat homepathy untuk kembung tu. Sekarang ni Bunyamin sedang mengalami cirit birit. Tah kenapa. Nak meniarap kot.
Dah 3,4 malam tak lena tidur. Uk ek uk ek. Ditambah lagi dengan si abang yang pot pet pot pet bercakap tak henti2. Gaya adik nak lelap dia pot pet, bangunlah si adik. Macam malam ni la. Jenuh Mama marah suh diam sampai akhirnya Mama yang diam. Akhirnya terlelap jua si abang. Bila abang lelap baru adik leh tidur dengan aman setelah cirit 2 kali.
Pasni dah tau daj ubat adik. Apa2 sakit adik (demam, selsema, batuk, sakit perut) leh cari ubat homepathy je... ;)
0 comments:
Post a Comment