♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, October 1, 2011

Cari Benda Lain Dapat Benda Lain

Mama mencari cooler bag tambahan untuk guna simpan ebm Bunyamin di rumah Opah. Sebelum ini setiap pagi Mama akan masukkan ebm dalam cooler bag yang satu itu, kemudian sampai rumah Opah transfer masuk peti ais Opah pula sebab cooler bag tu nak guna untuk simpan ebm yang diperah di sekolah nanti. 

Mama ada 1 cooler bag medela tapi tak muat la pulak nak letak ebm untuk Bunyamin. Biasanya Mama bekalkan Bunyamin antara 4-5 botol ebm X 3 oz setiap satu. Cooler bag medela Mama tu hanya muat 4 botol sahaja. 

Cari punya cari jumpa la cooler bag Baby King yang dapat sekali dengan 6 storage bottle dan 3 ice pack. Brand Baby King semuanya. Ok la jugak sebab botol tu memang Mama lama dah berkenan tengok kawan2 di KIM pakai. Covernya warna biru. Oh, memang feveret kaler..


inilah dia cooler bag untuk dihantar ke rumah Opah setiap pagi

muat letak 6 botol ebm
tapi Mama biasa hantar 4-5 botol sahaja

Sambil2 tu nampak pulak storage cup juga brand Baby King lalu terbekenan lalu terbeli. Boleh? Hihi.. Mama berkenan tengok kawan2 di KIM simpan ebm dalam storage cup brand Avent tu. Tapi takde la pulak rasa nak beli sebab rasanya mesti mahal kot. Avent la katakan...

Tapi tengok Baby King ni ala2 Avent punya sangatlah berkenan di hatiku ini yang dah lama tak shopping barang2 baby. Sejak beranak dua dah takde dah nak berjimba2 di baby centre menengok2 barang2 baby macam masa anak sorang dulu. Masa Iman dulu rajin juga menelek2 baju la aksesori la itu la ini la yang semuanya berkaitan dengan anak. Now dah takde dah... :(


inilah dia storage cup yang chumel itu

Storage cup ni muat simpan sampai 7 oz ebm. Banyak kan. Bila dah banyak2 camni alangkah cantiknya bersusun kan. Mama suka suka suka. Harga pun tak mahal sangat la. Terus tambah teruja dan teruja nak mengepam buat stok banyak2... eh, mana pam ni.. jom mengepam sekarang...;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥