♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, October 2, 2011

Kursus @ BF Journey : Day 3 & 4

Mama campurkan entri kursus untuk hari ketiga dan keempat sebab hari keempat adalah sekerat hari saja. Hari terakhir la katakan.

Hari ketiga juga seperti hari pertama dan kedua, Mama bekalkan 6 botol x 3 oz ebm untuk Bunyamin. Sepanjang Mama kursus Bunyamin hanya habiskan 5 botol sahaja. So 1 botol extra tu Mama akan bekukan untuk dijadikan stok.

Hari ketiga ni Mama terlajak tidur dan bangun lewat. Kelam kabut jugak la bersiap itu ini. Oleh sebab kelam kabut, maka tiadalah gambar bekalan ebm Bunyamin yang sempat disnap. Hanya sempat snap gambar masa mengepam dalam kereta sahaja. 


Hari ketiga ini juga Mama tak balik rumah. Hanya mengepam dalam kereta selepas makan tengahari yang cepat2 itu, pastu solat di surau sahaja. Malas nak drive balik meredah jalan yang banyak kereta dan bas sekolah sebab waktu tengahari adalah lunch hour dan juga waktu budak2 balik sekolah. Baiklah stay saja di tempat kursus.

Owh, kena cerita juga. Kursus tahun ini Mama macam feeling glemer gitu. Mana taknya, asyik2 naik nama Mama. Kalau bukan slot pagi, slot petang naiklah nama Mama. Kena tanya itu ini. Tu belum campur dengan kena jadi mc lagi tu. Hadoii..dah la kemahiran komunikasi Mama ni lemah sikit. Kalau nak sembang2 kosong tu boleh la tahan lagi. Nak mengacarakan majlis.. huh.. rasa mau fengsan. Tapi oleh kerana dah diberi tanggungjawab itu, kena la tunaikan. Maka inilah dia...

mc tuuu...

Masa balik hari ni takde la kena tunggu keretapi lagi macam dua hari lepas kan. hihi.. ;)

Hari keempat pulak macam takde apa sangat nak cerita. Sebab hari terakhir hanya sampai tengahari saja. Bekalan ebm Bunyamin hari ini Mama kurangkan macam hari bekerja biasa, 5 botol X 3 oz. Itu pun tak habis jugak sebotol. 

Rancangan awal adalah taknak mengepam hari keempat ini sebab dalam jadual habis jam 12.30 tengahari. Tapi belum pun jam 10.00 pagi B dah berdenyut2, so Mama pam jugak la dalam kereta. Nasib baiklah Mama bawa pam. Konon2 nak stand by la kan. 

Pam pun sebentar saja sebab nak sambung berbengkel. Mungkin boleh la kot nak share gambar kami berbengkel. Cer teka mana Mama. haha.

day 3

day 4

Hari terakhir juga kami kena buat 'kalam jamaie' atau dalam bahasa yang ramai orang tau adalah 'coral speaking'. Kalam jamaie ni adalah coral speaking dalam bahasa arab. Haha. Teks sudah ada cuma baca saja beramai2 sambil tengok teks. Ajenye gile nak hafal, orang latih coral speaking setahun, kami ni tunjuk tu tunjuk ni, hang baca tu aku baca ni, 2 minit je latih terus on. haha... Fun2 la sebelum tamat kursus kan. Tahun depan lak baru jumpa kot kawan2 sedaerah.. ;)

berkalam jamaie

Dah tengahari sikit majlis penutup belum lagi berlangsung. Taktau nak tunggu apa. Lewat juga kursus kami berakhir. B juga dah bengkak semula. Isk.. Apapun seronok juga berkursus ketika dalam tempoh menyusukan anak. Pengalaman manis dan amat berharga untuk dikenang2 nanti.. ;)

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥