♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, October 1, 2011

Kursus @ BF Journey : Day 1

Baru masuk kerja seminggu, dah kena gi kursus pula selama 4 hari. Diulang, 4 hari! Tensen sungguh rasanya. Tapi takpe la, nak buat camne, cikgu kecik kan. Diarah kursus, kursus la kita..


Hari pertama kursus Mama bersiap sejak malam sebelum tu lagi. Siap packing baju anak2, letak siap2 ebm dalam botol nak hantar kat Opah, kemas2 beg pam, isi siap2 air dalam botol dan kemaskini hand bag (buang resit2 dan bendasing yang tak perlu).


dari kiri : beg baju anak2, beg pam, hand bag dan botol air

Tengok jela gambar tu. Berbondong2 rasanya dengan pelbagai jenis beg. Ini belum masuk cooler bag lagi ni. Kalau hari bekerja biasa tambah lagi 1 beg iaitu beg laptop. Masa kursus ni kurang la 1 beg kan. Tapi tetaplah berbondong2 juga.

Masa kursus Mama adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tentulah sampai di rumah lebih kurang jam 5.30 atau 6.00 petang kan. Oleh sebab itu Mama bekalkan 6 botol ebm untuk Bunyamin. Setiap botol Mama letak 3 oz untuk sekali minum.


bekalan si kecil tidak dilupakan

Kursus berjalan seperti biasa. Masa rehat adalah jam 10.00 - 10.30 pagi dan 12.30 - 2.00 petang. Pagi itu sebelum keluar rumah Mama susukan Bunyamin dulu. So masa awal2 kursus tu B memang kosonglah. Tapi bila dah jam 9.00 camtu, mula la rasa penuh.

Menjadi ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama turut menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Setiap masa, setiap ketika dan di mana2 berada, dalam fikiran hanya memikirkan yang terbaik untuk anak-anak. Masa rehat jam 10.00 pagi, Mama makan cepat2 dan terus menyelinap masuk dalam kereta untuk mengepam.

mengepam dalam kereta, pengalaman pertama Mama
mungkin akan jadi manis bila dikenang2 di masa hadapan

Terpaksa mengepam dalam kereta kerana surau yang disediakan adalah kunci. Awal2 masa Mama sampai pagi tu Mama memang cari parking yang agak tersorok, bimbang kalau2 keadaan memerlukan Mama mengepam dalam kereta. Tengok2 memang pun kena mengepam dalam kereta. Syukurlah semuanya dipermudahkan. Nursing cover yang Mama beli dari little precious garden itu memang sangat membantu. Cantik pun cantik mata memandang.

 Awal2 kursus berjalan Mama bawa masuk beg pam dan cooler bag. Hand bag dan botol air tidak dilupakanlah. Tapi bila tengok surau kunci, lepas mengepam sesi pertama dalam kereta, Mama tinggalkan beg pam dan hanya bawa masuk cooler bag berisi ebm yang diperah tadi dan corong pam sahaja. 

masa kursus berjalan

Tengahari Mama pulang ke rumah untuk solat dan mengepam. Agak2 terkejar2 di situ tapi disebabkan surau kunci terpaksa la balik. Nasib baiklah kursus dekat jugak dengan rumah. Kalau tak kena la gi masjid dan mengepam di situ. Takde masalah pada Mama sebenarnya. Tapi bila dah ada pilihan untuk balik rumah, selesa la di rumah kan.

Habis jam 5.00 petang, Mama terus balik. Dalam perjalanan nak ambil anak2, dah la ada orang betulkan palang lintasan keretapi pulak dah. Lama pulak tu. B dah berdenyut2 minta susu dikeluarkan. Terpaksa la menunggu.


Walaupun Mama pakai pam medela freestyle yang ada function handsfree untuk mengepam, tapi masa Bunyamin ni Mama lebih suka pegang dengan tangan sahaja. Tah la, rasa leceh nak sangkut sana sangkut sini klip sana klip sini. Masa Iman dulu Mama cekap menggunakan handsfree kit tu, tapi masa Bunyamin ni jadi tak reti la pulak.

Pastu dah tak reti, nak biasakan balik jadi reti tu makan masa, Mama lak malas nak klip klip so last2 pegang jela dengan tangan. Kalau tak boleh la mengepam sambil tunggu diorang siap betulkan palang tu kan. Takpe la, sabar jela.. ;)

Itu adalah kisah kursus di hari pertama. Nanti ada masa Mama cerita kisah kursus di hari kedua dan ketiga pulak ye.. ;)

O, ye.. hasil mengepam masa kursus hari ini dapat la 11 oz untuk 2 sesi. Balik rumah pam lagi (sebab Bunyamin dah kenyang minum ebm), dapat 6 oz. Keseluruhan hasil pengepaman hari ini adalah 25.5 oz. Syukur alhamdulillah... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥