♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, October 16, 2011

Dugaan Sungguh

Kalau dah jadi MAMA, ada pula 2 anak kecil, automatiklah kena jadi SUPERmama. Bukan boleh bersenang lenang seperti masa zaman anak dara dulu. Jadi tanggungjawab Mama untuk memastikan semua perkara berkaitan keluarga terurus walau dalam kesibukan tahap gaban.


Rabu lalu seperti biasa balik sekolah Mama terus jemput anak2 dari rumah Opah pengasuh mereka. Seperti kebiasaan juga, si abang akan terlompat2 kegirangan di hadapan grill rumah Opah bila melihat kelibat Mama di hadapan pagar. Mama tersenyum saja dan terasa segala stress dan kepenatan bekerja terbang melayang entah ke mana.


Mama dukung adik, abang dah berlari2 di sekitar koridor rumah Opah. Opah bagitau abang muntah masa bangun tidur tengahari tadi. Mama pun, "o,yeke.." Itu sajalah yang Mama cakapkan sebab dalam fikiran Mama mungkin abang jolok mulut ke apa sebab biasanya memang camtu.


Sampai rumah, bawa anak2 masuk rumah, masukkan barang2 semua, tukar pakaian dan baring nak susukan adik. Sambil2 tu dodoikan abang tidur dalam buai sebab abang kelihatan macam mengantuk. 




Tiba2 abang muntah. Banyak. Habis keluar semua susu yang abang minum tadi. Kelam kabut Mama bangun menahan muntah abang sambil gosok2 belakang abang. Abang dah nangis2. Mungkin tak selesa atau sakit dada sebab sebelum ni abang tak pernah muntah seteruk ini. Biasanya kalau muntah pun disebabkan abang jolok mulut je, muntah yang disengajakan. Ini tidak. Abang muntah betul2.


Mama telefon Ayah minta Ayah balik segera. Dalam pada nak tunggu Ayah sampai, abang muntah lagi. Habis keluar semula air yang abang minum tadi. Pas muntah abang ok balik dan sembang2 macam biasa. Abang minta nak minum. Mama khuatir akan keluar semula namun pada masa yang sama kesian juga mungkin abang dahaga sebab banyak air dah keluar daripada badannya.


Seperti yang Mama duga, memang keluar semula air yang diminum tadi. Masa muntah abang akan menangis terjerit2 sambil jalan sana sini mengakibatkan habis seluruh rumah terkena muntah abang (hanya air kosong sahaja sebab susu dah keluar habis masa dalam buai tadi).


Bila Ayah sampai, Mama terus siap2 nak bawa abang ke klinik. Dalam kereta abang merengek nak minum. Mama taknak bagi sebab takut abang termuntah lalu sakit dada. Tapi abang tetap merengek panjang nak minum air. Last2 Mama bagi juga dan memang keluar semula. Abang tak boleh langsung minum atau makan apa2.


Sementara menunggu giliran di klinik, Abang nak minum lagi. Meraung2 nak minum. Dan keluar juga pas minum. Doktor cakap tak ada apa2 yang serius. Mungkin perut abang ada angin. Lagipun memang musim sekarang. Harap2 betullah cakap doktor tu.




Nasib baiklah adik sangat baik hari itu. Mungkin memahami abangnya tak sihat. Adik banyak tidur dan menyusu sahaja. Malam itu badan abang mula panas. Mama terfikir mungkin abang muntah2 sebab nak demam kot. Sampai ke malam abang masih muntah2 bila ada sesuatu masuk dalam perutnya termasuklah ubat tahan muntah. 


Abang masih juga merengek2 nak minum setiap kali lepas muntah walau dah dipujuk berkali2. Akhirnya abang terlelap juga dalam buaian dalam pada merengek2 nak minum tu. Abang tidur dengan nyenyaknya. 


Jam 4.30 pagi abang bangun minta susu. Mama cuba bagi susu kepada abang kot2 dah ok tak termuntah lagi. Alhamdulillah akhirnya abang dah tak muntah dah. Mama bagi ubat demam kat abang. Pagi tu Mama tetap ke sekolah seperti biasa tapi Ayah tunggu abang di rumah. 


Cadangan awal Mama nak minta pulang awal sebab nak gilir2 jaga abang dengan Ayah. Kiranya Ayah masuk ofis petang la. Tapi last2 Ayah cakap nak cuti terus. So Mama tak jadi pulang awal. Tapi dalam jam 11.00 pagi Mama singgah rumah jenguk2 abang masa Mama nak ke bank atas urusan kerja. Alhamdulillah abang dah ok. Badan pun dah tak panas lagi.


Sempat Mama mengepam untuk sesi pertama hari itu sebab kat sekolah tadi tak sempat nak pam. Mama ambil kesempatan pam juga sebab Mama nak hantar servis pam freestyle Mama tu. Sebelum masuk kotak nak hantar servis Mama pam siap2.


Susu perahan Mama pagi tu Mama bagi pada abang sikit tapi balik kerja Mama tengok masih berbaki. Tak boleh minum dah la. 


Dugaan tak berhenti setakat itu sahaja. Petang itu Mama balik agak lewat sebab ada mesyuarat. Tiba2 Mama dapat kol daripada Opah. Mama fikir mungkin Opah nak bagitau susu adik tak cukup, rupanya berita lain yang Mama terima...


...bersambung

Yang Ini Pun Best



1 comments:

Qaseh Suhaida said... [Reply to comment]

Apa yg jadi kat Abang mcm berlaku kat anak sy Ayuni. First time jadi kat Ayuni sebenarnya seminggu pas raya mcm tu.

mmg risau kalo jd mcm tu kat Anak kan...mmg cemas gak tp bila check Doktor xde apa2 pun lega sgt2

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥