♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, October 26, 2011

Dugaan Sungguh Part 2

Setelah sekian lama, barulah Mama dapat menyambung semula kisah kelam kabut yang melanda kami sekeluarga baru2 ini. Part 1 boleh baca DI SINI ye..

Dugaan tak berhenti setakat itu sahaja. Petang itu Mama balik agak lewat sebab ada mesyuarat. Tiba2 Mama dapat kol daripada Opah. Mama fikir mungkin Opah nak bagitau susu adik tak cukup, rupanya berita lain yang Mama terima...

Dalam nada suara yang tersekat2 Opah bagitau Adik muntah2. Sampai lembik2. Opah minta Mama pulang segera. Aduh, pas terima panggilan Opah, Mama mula tak senang duduk. Ingatkan mesyuarat akan habis awal sebab biasanya pun memang kejap je. Tapi hari tu punya mesyuarat lama la pulak. 

Akhirnya, demi anak, biarlah orang nak kata apa, Mama bangun dan minta izin guru besar untuk pulang sebab anak muntah2. Dapat je keizinan, laju2 Mama jalan amik beg laptop dan beg pam, terus masuk kereta dan rasa macam nak segera terbang tengok keadaan Adik.

Sampai rumah Opah, rupanya Opah keseorangan sebab anaknya menziarahi saudara di Manjung. Patutlah Opah risau sangat2. Masa Mama sampai Opah sedang dukung Adik. Opah cakap tak berani nak letak takut Adik nangis dan muntah semula.

Masa tu Adik macam biasa saja. Tak menunjukkan tanda2 demam ke atau apa2 sakit lain. Elok je senyum2. Mama bawa Adik pulang. Di rumah, Abang kelihatannya dah sihat. Sudah bangun bermain dan aktfi seperti biasa.

Mama susukan Adik. Tapi tak lama kemudian Adik muntah lagi. Mama tidurkan Adik. Lama juga Adik tidur. Petang tu Tok Abah dan Tok Mama datang melawat Abang. Kami makan2 dan sembang2. Abang alhamdulillah dah pulih sepenuhnya. Dekat nak maghrib Tok Abah dan Tok Mama pun pulang. Opah juga ada menelefon bertanyakan khabar Adik.


Malam itu, lepas menyusu, Adik muntah dengan banyak sekali sampai lembik macam masa di rumah Opah siang tadi. Mama risau. Dalam masa yang sama Ayah dah mula muntah2 dan cirit birit. Eh, dugaan apakah ini ya Allah. Seluruh ahli keluarga mengalami simptom yang sama walaupun tak makan benda yang sama pun.

Mama mula mempertimbangkan untuk bawa Adik ke bahagian kecemasan hospital. Ayah tak dapat bawa kami sebab Ayah pun cirit birit tak berhenti sampai dah tak terkawal lagi. Akhirnya Mama telefon Tok Mama minta tolong bawa kami.

Tak jadi ke kecemasan, kami ke klinik swasta dahulu. Tengok doktor cadang camne. Kalau doktor suruh ke hospital barulah kami akan ke sana. Alhamdulillah doktor cakap tak serius dan tak perlu ke hospital.

Balik rumah Mama bagi Adik makan ubat muntah. Tak lama, keluar semula. Mama tak putus asa. Mama susukan Adik sambil berbaring. Pun tak lama, keluar semula. Malam itu Mama tak tidur langsung menjaga Adik yang kerap muntah setiap kali menyusu. Akhirnya Mama terpaksa stopkan Adik daripada menyusu dan bagi ubat muntah.

Alhamdulillah ubat tu tak dimuntahkan semula. Lepas makan ubat tu barulah Adik tak muntah lagi. Lega sedikit. Walaupun badan Adik dah mula panas, asalkan tak muntah Mama dah cukup lega. Pagi tu lepas subuh Mama bagi ubat demam kepada Adik. Mama ambik mc untuk jaga keluarga yang kurang sihat.

Siangnya, semua beransur sihat. Syukur alhamdulillah. Oh, lupa pula. Pagi tadi semasa menjaga Adik, Mama juga turut muntah sama. Entah la, mungkin terlalu penat sebab tak tidur semalaman. Nasib baik sekali tu saja. Syukur juga Mama tak terkena simptom yang sama. Dapatlah Mama menjaga lelaki2 kesayangan yang kurang sihat itu.

Dan hari ini, pada hari entri ini ditaip, semuanya sudah sihat seperti sedia kala. Syukur alhamdulillah....


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥