Malam ini Abang Iman tak ada di rumah. Petang tadi Achik Ana datang ambil. Minggu ni Achik Ana balik bercuti setelah lama tak balik. Tentulah rindu sangat2 dengan Abang Iman. Belum pun jejak kaki ke rumah, baru dalam perjalanan dari stesen bas ke rumah Tok Abah, sempat singgah jemput Abang Iman.
Ayah juga tak ada malam ini kerana bertugas. Makanya tinggallah Mama bersama si kecil bam bam Bunyamin. Bunyamin sangat baik hari ini. Moga hari2 Bunyamin baik ye nak. Tidur lama. Bangun sekejap sebab sakit perut nak buang air besar. Mama mandikan, letak bedak wangi2, pakai baju cantik2, susukan sampai kenyang dan biarkan Bunyamin main sendiri sementara Mama solat dan buat kerja rumah sikit.
Tak lama, Bunyamin dah merengek2 minta tidur. Mama susukan Bunyamin lagi. Sekejap saja Bunyamin sudah terlena. Masukkan dalam buaian dan Mama sambung buat rutin harian. Malam ni Mama agak lapang sebab Abang di rumah Tok Abah. Mama sediakan awal2 ebm untuk bekalan adik esok. Biasanya bila Abang dah tidur barulah Mama boleh buat macam2 kerja. Kalau tak asyik melayan si abang sajalah.. ;)
Sempat juga buat kek coklat. Cubaan pertama dalam keadaan serba kekurangan. hihi. Mana taknya, pengukus memanglah tak ada, nak kukus dalam kuali tak muat pula nak tutup keseluruhan loyang. Loyangnya besar dari kuali. Cuba itu cuba ini, letaklah adunan dalam periuk barulah muat nak kukus dalam kuali. haha. Tak mengapalah, cubaan pertama katanya kan.
Alhamdulillah menjadi juga. Cuma bahagian tengah sahaja kurang menjadi. Nanti cuba lagi dengan loyang yang lebih sesuai. ;)
Tiba2 rasa sunyi bila abang tak ada. Kalau abang ada, Mama rasa malam sangat pendek. Tau2 dah jam 12.00 atau tau2 dah jam 2.00. Cepatnya masa berlalu bila asyik melayan kerenah anak2 sambil curi2 buat rutin wajib di rumah. Bila hari kerja, sebelah malamnya Mama akan buat rutin wajib saja kalau penat sangat. Yang wajibnya adalah iron baju kerja, sediakan bekalan ebm adik, makan vitamin, minum esp+pd+jus kurma pegaga dan juga mengepam sebelum tidur. Mengepam tu pun adakalanya miss. haha.
Sejak masuk bekerja semula, Mama rasa masa berputar laju. Rasa nak tambah kaki dan tangan minta tolong buatkan kerja sama2. Kalau nak kira kiraan langkah Mama untuk sehari, mungkin dah boleh sampai ke KL. Atau kalau KL nampak keterlaluan *over beno*, mungkin boleh sampai ke Ipoh agaknya. haha.
Di sekolah dengan ragam kerjanya, di rumah dengan ragam anak2 dan kerja2 rumahnya. Inilah rutin hidup Mama sebagai isteri dan ibu bekerjaya. Hujung2 minggu pula terfikir nak buat itu ini namun badan memerlukan rehat. Penat sungguh2. Bukan main2 penatnya. Namun Allah kurniakan kekuatan buat Mama mengharungi suka duka hidup ini. Syukur walaupun bekerja dan penat, namun Mama masih diberi peluang merasa nikmat kesihatan. Mama kena kuat demi keluarga.
inilah dia sumber kekuatan Mama
Syukur juga kerana hingga ke saat ini rezeki susu buat si kecil Bunyamin masih meriah malah bertambah2 meriah selepas menghadapi saat kemeruduman pada minggu lalu. Setiap hari pasti ada lebihan ebm yang boleh dijadikan stok selain dapat juga cover semula stok ebm beku yang dah Mama gunakan untuk hari itu.
Syukur, syukur ya Allah.. ;)
0 comments:
Post a Comment