Bunyamin demam dan batuk pada hari Ahad pula. Mencari2 klinik yang buka lantaran klinik kebiasaan keluarga adalah tutup pada hari Ahad. Dalam hujan lebat, bersyukur ada juga klinik yang buka. Doktor maklumkan bahawa Bunyamin batuk biasa sahaja. Paru2 juga ok. Doktor bagi ubat demam dan muntah sahaja memandangkan Bunyamin masih kecil dan tak sesuai diberi ubat batuk. Doktor sarankan diberi madu sedikit sahaja.
Malam itu Bunyamin tidur tak lena. Kejap2 merengek. Menyusu sikit2 sahaja. Sampai basah lenjun toto terkena susu Mama. Nak bangun mengepam malas. Haih, kenapalah malas sangat sekarang ni ye? Semangat mengepam, datanglah dikau!!!
Keesokan harinya batuk Bunyamin tambah teruk. Mama post kat group 'perkembangan anak anda' di fb Mama berkaitan masalah Bunyamin ni, minta pandangan dan mungkin perkongsian pengalaman. Mereka cadangkan jerslin oil. Ianya tak memudaratkan baby g6pd dan tak panas. Hari itu juga Mama keluar mencarinya bersama anak2 dan Achik Ana. Mencari juga ubat homepathy. Sejak ada anak g6pd, Mama lebih suka menggunakan produk homeopathy sebab ianya natural berbanding ubat sintetik kan.
Pagi tadi, Mama bawa Bunyamin ke klinik pakar kanak2 pula. Sebab nafasnya berbunyi dan dia macam sesak nafas. Risau. Tapi kerisauan hilang bila doktor cakap Bunyamin lelah sikit disebabkan batuknya dan akan beransur hilang. Paru2nya juga berkeadaan baik. Alhamdulillah. Ubat bertambah lagi.
sebelum ke klinik kali kedua
Ketika entri ini ditulis, Bunyamin masih batuk dan demam sikit. Walaupun ubat berderet (dibeli di farmasi dan ubat klinik), namun sekarang ni Mama hanya bagi Bunyamin makan ubat batuk dan demam homeopathy dan sapu jerslin oil sahaja. Nampak macam dah berkurangan batuknya.
Ada Mama terbaca blog seorang ibu pasal kebaikan anak2 flu dan batuk. Menurut doktor yang merawatnya (Doktor Nadir Khan dari klinik di Wangsa Maju - katanya glemer juga doktor ni sebab sopan, ramah dan memberi layanan yang super best), kalau anak batuk, biarkan dia batuk sebab kalau kita stopkan batuk itu dengan ubat, ia tak habis dan terlekat di dinding tekak. (betulkan jika salah ye)
Cara terbaik merawat batuk kanak2 adalah dengan neubulizer. Kat tempat Mama ni, tak pasti kat mana nak cari klinik yang sediakan rawatan camtu. Tapi Mama tertarik dengan satu kaedah yang boleh dilakukan di rumah iaitu dengan beri baby sedut wap panas.
Bila sedut wap tu, kahak akan keluar dan insya-Allah anak akan selesa. Mama belum cuba sebab kesiankan Bunyamin yang sedang lena. Walaupun sebenarnya lebih kesian dengan kahak yang tidak selesa di tekaknya itu. Takpela dik, esok Mama buat rawatan itu kat adik ye sayang.
Apa2 perkembangan Bunyamin akan Mama update lagi, insya-Allah... Doakan Bunyamin cepat sihat ye..
