♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, December 14, 2011

Penghargaan Buat Kalian

Serius.. memang ada banyak benda dalam kepala ingin dikongsikan di dalam blog kesayangan Mama ini. Ada2 sahaja yang ingin dikongsikan. Adakalanya sedang mandi pun boleh merangka ayat yang ingin dikarang di sini, namun masa mencemburui Mama.

Punya anak dua yang masih kecil2 dan memerlukan 100% perhatian daripada Mama, punya rumahtangga yang perlu diurus sebaiknya juga punya kerjaya memang sangat sangat dan sangat menagih pengorbanan yang bukan kepalang banyaknya.

Namun Mama bahagia dengan jalan yang Mama pilih ini. Mama punya segalanya. Alhamdulillah syukur. Walau tak mewah, namun Mama tak perlu meminta2. Pada Mama, Mama adalah 'kaya'. Kaya dengan nikmat kasih sayang, nikmat kesihatan (diri dan keluarga), dapat berbakti terhadap ibu bapa dan macam2 lagi nikmat Allah kurniakan.

Niat menulis blog pada awalnya hanya untuk suka2 sebab Mama memang suka menulis. Mama rasakan menulis blog seperti menulis diari. Nak tulis diari dengan status isteri dan Mama macam sekarang ni memang takkan ada masa la kan. So Mama menulis blog untuk mencatat perjalanan seharian Mama juga pengalaman dan mungkin info2 bermanfaat untuk rujukan dan untuk dikenang2 di kemudian hari nanti.

Juga niat asal adalah untuk didedikasikan buat anakanda dan suami tercinta memandangkan kebanyakan entri Mama adalah berkaitan keluarga dan peribadi. Namun setelah sekian lama, Mama rasa makin seronok menulis blog sebab dapat berkongsi pengalaman berkaitan penyusuan susu ibu dengan ibu2 di luar sana.

Obses dengan penyusuan susu ibu, rasanya blog Mama ni dah macam banyak menjurus ke arah itu. Tak sangka rupanya dalam diam ramai yang mengikuti perjalanan penyusuan Mama. Terima kasih tak terhingga buat kalian yang sentiasa sudi membaca hasil tulisan tak seberapa Mama ini.



Segalanya bermula dengan pengalaman. Kebanyakan entri Mama ditulis berdasarkan pengalaman Mama sendiri. Mungkin ada juga yang Mama petik daripada blog2 bermanfaat yang lain untuk dikongsikan bersama.


Apa pun, jutaan penghargaan buat pembaca setia blog Mama ini. Walau kalian silent reader sekalipun, anda tetap Mama hargai. Sekiranya ada komen2 yang tidak Mama jawab, mungkin Mama terlepas pandang. Maafkan ye.


Sayang kamu semua... ;)

Yang Ini Pun Best



1 comments:

Em's Family said... [Reply to comment]

saya sendiri pun sangat kagum dengan ibu2 yang menyusukan anak sampai boleh simpan bergelen2 susu ibu dalam fridge..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥