♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, December 16, 2011

Group

Ingat tak masa zaman sekolah, cikgu selalu suruh kita buat study group. Terutamanya subjek sejarah la. Sebab sejarah kan ada banyak fakta nak kena ingat. Dalam satu group amik la dalam 3-4 orang. Lagi sikit lagi bagus sebab kalo dah ramai2 nanti jadi sembang group or ngumpat group. *eh*


Dalam group tu amik la sorang satu tajuk. Ko amik tajuk 1&2, aku amik tajuk 3&4, ko yang lain amik tajuk 5&6 dan gitu la.. Pastu masa join tu bentang la tajuk memasing so jimat la masa kan sebab at least dah ada kefahaman secara menyeluruh tentang tajuk tu. Pastu baru la hafal fakta ke apa ke bebetul kan.


Ecewah, tetiba teringat zaman sekolah kan. Tapi yang Mama cerita kat atas tadi tu adalah sekadar cerita saja sebab Mama tak buat *read as tak pernah 'berjaya' buat. Yela, dah kawan2 rapat dalam satu group, maunya nak study sangat kata ko. haha. Last2 jadi makan2-sembang2-ngumpat2 group je. Tapi fun sangat sebab masa tu hanya fikir diri sendiri sahaja kan. Mana nak fikir hal anak2, suami, kerja, rumahtangga dan macam2 hal dunia yang lain kan. Zaman itu indah tapi jika diberi peluang untuk kembali ke masa itu, ohhh tak sanggup dah nak bersengkang mata *kononnya la kan* untuk study terutamanya bila nak exam, nak kena buat assignment bagai, gi kelas lagi. *malas ok.


Bila dah tua2 ni, ada jugak group tapi bukanlah study group kan. Lebih kepada group orang dewasa yang membincangkan hal orang dewasa juga. *fenin* Mama ingat lagi group pertama yang Mama join di facebool adalah Geng Hot Mama Blogger (GHMB). Masa Mama join baru beberapa kerat je ahlinya. Kira Mama ni macam senior jugak la dalam group tu. *ceh


Sebab Mama ada blog, sebab tu boleh jadi ahlinya. Masa tu Mama pun tak tau kat facebook ini baaaaaaanyak group2. Kan tujuan asal create akaun fb sebab nak main farmville je kan. hihi.


Pastu masa Mama dalam pantang, sedang mencari gali ilmu berkaitan breastfeeding, buat la status dengan ayat lebih kurang 'menambah ilmu tentang bf' pastu ada sorang kawan fb add Mama join Kumpulan Ibu Menyusu (KIM).


Syukur bertemu dengan KIM sebab banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsi. Selain itu, Mama juga suka melihat ebm kawan2 KIM yang menjadi penguat semangat Mama untuk terus menyusukan baby Bunyamin. Tengok stok ebm berketul2 tu, semangat berkobar2 nak jadi camtu jugak.


Alhamdulillah perjalanan penyusuan kali ini dipermudahkan oleh Allah dan lebih bermakna sebab diiringi dengan sedikit ilmu asas penyusuan. Mungkin terasa mudah juga dengan sokongan suami. Walau Ayah tak pernah mengungkapkan bahawa 'Ayah sokong Mama', tapi cukup sekadar Ayah tak komplen itu ini dan tak menjatuhkan semangat Mama. Cukup sekadar itu pun Mama dah puas hati.


Banyak lagi group lain yang add Mama sebagai ahli cuma rasanya dua group ini terkesan di hati. Sampai sekarang kalau buka fb wajiblah buka wall KIM. Ada juga Mama post pic ebm Mama buat menaikkan semangat Mama sendiri dan membantu menyemarakkan semangat kawan2 KIM.


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥