♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, January 25, 2012

Zaman Manis Itu Masih Basah Di Ingatan


Zaman kecil2 adalah waktu paling seronok kan. Hanya fikir main, main dan main. Belajar pun tak fikir sangat. haha. Mama lah alkisahnya ni. Kalau orang lain mungkin belajar adalah no 1 kan. haha.

Terbaca post seorang teman di fb, terus mengimbau kenangan lama ketika kecil. Automatik bibir mengukir senyuman. Manisnya, indahnya menjadi budak2 kan. Mama copy status beliau di wall Mama. 

Anda pernah buat salah satunya masa kecil:

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

haha. Kelakar kan bila ingat2 balik. Kesemuanya Mama pernah buat kecuali no 4. Tak pernah pula beratur amik milo free sampai 2 kali. Tapi milo free tu memang sedap kan. Biasanya cawan milo tu mesti simpan buat letak habuk pensel yang diasah. hihi.

Masa sekolah rendah memang best. Kalau bulan Ramadhan, budak2 pompuan semua berkumpul main batu seremban. Atau main lompat getah. Puasa2 pun larat melompat2. Sekarang ni dah jadi guru, hairan pula bagaimana anak2 murid boleh berlari2, melompat2 dan berkejar2 masa bulan puasa sedangkan dulu masa sezaman dengan mereka, ustazah pun 2x5 dengan mereka juga. haha.. *jangan ada anak murid yang baca blog ustazah, naya je.. hihi*

Pastu bulan tak puasa lak, pas habis makan kat kantin, main aci tiang lak. Sorang satu peluk tiang pastu tukar2 tiang, ada sorang kat tengah akan cuba rebut tiang yang ditinggalkan. Biasanya Mama akan main dengan adik-beradik dan kawan yang tumpang van Tok Abah masa Tok Abah ada mesyuarat kat sekolah dan terpaksa ambik kami lewat dari kebiasaan. Punya la seronok.

Budak2 zaman dulu bukan macam sekarang, berani terlebih. Mama dan adik-beradik dulu masa sekolah mana berani lepas jauh2. Kawasan belakang sekolah tu ada kampung pun tak tau. Hanya tau yang nampak dari sekolah sajalah. Nak lepas ke kedai bintang (nama kedai dekat sekolah) pun takut Tok Abah marah.

Pernah juga beberapa kali kantoi dengan Tok Abah sebab baru nak balik dari kedai bintang tu, Tok Abah dah sampai. Tapi Tok Abah tak cakap apa2 cuma kami yang takut. Masa tu tak fikir pun orang jahat ke kena langgar kereta ke apa. Cuma fikir Tok Abah tak bagi. Itu je. Tapi bila balik rumah, Tok Mama la yang akan cakap jangan pergi kedai bintang tu lagi. Rasanya ada la dalam 3,4 kali je kami pergi sepanjang 6 tahun bersekolah di situ. haha.

Eh, banyak lagilah kenangan masa kecil. Nanti2 ada masa kita cerita2 lagi... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥