Tapi takpelah kot, mungkin bila bergaul dengan rakan sebayanya di tempat yang sesuai untuk tumbesarannya, abang lebih gembira. Memang abang sungguh gembira. Hari2 tanya bila nak pergi beli beg sekolah. hihi..
Untuk pendaftaran pertama kali, pihak taska perlukan gambar pasport abang. Oleh sebab itu, petang selepas bawa adik cucuk 6 bulan, terus bawa abang ke kedai gambar. Teruja sungguh abang.
sementara menunggu gambar siap
Mula2 sampai, Ayah sikat rambut abang dan pakaikan abang bedak. Terus bawa abang ke tempat bergambar. Abang diminta berdiri sahaja sebab abang kan rendah. Abang punya la malu sampai tundukkkkkk sangat. Sampaikan dagu kena dada la punya la tunduknya. Kelakar betul. Kata hero tapi... hihi..
Oleh kerana yang ambil gambar tu mesti la dah biasa kes budak2 malu macam abang ni kan, kejap je dah dapat 'curi' angle yang cun. Memang cute la Mama rasa. Sebab muka abang nampak innocent sangat.
Sebelum gi ambik gambar tu terfikir jugak, kalau abang senyum macam dia biasa senyum tu, sengih nampak gigi tu, tak nampak la muka real abang kan. Tak sangka leh dapat gambar muka abang cam kat bawah ni...
gambar pasport abang yang pertama di usianya 2 tahun 7 bulan
Gambar ni memang la tak berukuran pasport. Camne nak ambik ukuran pasport dah kena curi2 snap kan. Diorang crop la bagi jadi saiz pasport. hihi..
Pas ambik gambar, pergi cari beg sekolah pula. Tak macam nak pergi rumah Opah, nak ke taska ni abang memerlukan beg khas sebab pakaian, pampers, susu dan botol kena bawa hari2. Nak tinggal boleh juga cuma tak digalakkan sebab takut tertukar atau hilang.
Dari kedai ke kedai, masuk kedai ni, tengok saiz sederhana takde, yang ada saiz kecikkkkk atau saiz besarrrr je. Tak sesuai dengan abang. Maka keluar. Masa nak keluar, abang tanya 'nak gi mana ni, Mama?' hihi. Risau begnya tak dibeli.
Masuk kedai kedua, tengok2 ada la saiz yang sesuai. Dah berhabuk pula begnya. Nampak sangat... haha.. Kensel, keluar gi kedai ketiga lak. Abang tanya lagi soalan yang sama.. hihi..
Di kedai ketiga barulah ada beg yang sesuai dengan abang. Masa nak bayar, dah zip lak masalah. Macam2 hal betul la. Jenuh mendongak2 beg saiz serupa yang tergantung tinggi kat syiling. Rezeki abang, ada lagi beg yang serupa cuma gambar je lain sikit. Takpelah asalkan saiznya sederhana, sesuai dengan abang. Puas hati dapat beg baru. Akhirnya...

Ok, gambar dah ada, beg dah beli, borang pendaftaran dah isi, sijil lahir dah fotostat.. sekarang menunggu hari jela untuk abang mula sekolah... ;)
0 comments:
Post a Comment