♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, February 3, 2012

Fasa Baru Abang

Bermulanya Februari. Tahun ni rupanya tahun lompat ye. Baru Mama perasan. Tapi hari ni bukan nak cerita kisah tahun lompat, tapi nak cerita pengalaman pertama kami menghantar anak ke sekolah.


Eh, dah sekolah ke si abang tu. Sebelum ni dah cerita sedikit2 pasal persiapan abang ke sekolah. Maka inilah harinya. Mama siap mintak permission daripada gb nak datang lewat sikit sebab uruskan pendaftaran taska anak. Seb bek tak mohon cuti. *huh..nampak sangat eksaited*


Rasanya bukan abang yang neves, Mamanya yang terlebih2 neves. Sampai gaduh2 dengan Ayah pagi tu sebab Mama nak keluar awal sangat. Jam 7.30 pagi awal ke? Takpela, isteri yang taat kena ikut perintah suami. hihi. 


Mama baring susukan adik dulu sementara nak tunggu kul 8.00 pagi. Dengan baju kerja, dah siap pakai tudung tu jugak Mama baring. haha. Tak kisah la kan. Jam 7.50 pagi Ayah ajak keluar dah. *pulak*


Terus kejutkan abang, tanya abang nak mandi ke tak. Abang cakap taknak mandi. Ok takpela kalau taknak mandi. Pergi pee pee kat bilik mandi dan tukar pampers sajalah. Mama tanya Ayah nak tukar baju ke, Ayah cakap takyah la. Jangan ketawa, sebab ini adalah kali pertama hantar anak ke taska. Sama macam kali pertama nak hantar anak ke pengasuh dulu. Taktau nak bawa apa. haha..


Siap2 semua, masuk kereta, hantar adik dulu. Kebetulan nak pergi hantar adik ke rumah Opah lalu kat simpang masuk nak ke taska abang. Kepala abang pun turut berpaling kat simpang masuk tu. 


Abang : Kita nak gi mana ni, Mama?
Mama : Nak gi rumah Opah la.
Abang : Taknak gi rumah Opahhhhh.... *susah hati takut tak dapat gi sekolah*
Mama : Gi rumah Opah la.. *mengusik*
Abang : Abang nak gi sekolahhhh.... *dah nak nangis*
Mama : Yela, abang gi sekolah la. Ni nak hantar adik dulu.
Abang : *senyap, puas hati la tu*


Pas hantar adik, terus ke taska abang. Punya la eksaited si abang, taknak pakai sandal, nak pakai kasut raya (kasut sarung). haha. Pujuk2 akhirnya nak juga pakai sandal. Beg memang dah galas awal2 lagi dah. 


sebelum masuk taska kita bergambar kenangan dulu ye...

Walaupun sebelum ke sekolah hari2 sebut pasal sekolah, namun bila dah kat sekolah tangan tak lepas pegang baju Mama. hihi. Masa Mama daftar dan bayar yuran, abang masih melekat lagi. Kanak2 lain ramai dah mengerumuni abang. Sampai abang jadi bertambah2 malu. haha.

Kanak2 kat situ makin lama makin tak terkawal. Yela, orang datang kan. Masing2 nak tunjuk perangai la. Terutamanya yang berumur 4 tahun. Senior la katakan. haha. Last2 cikgunya pasang lagu. Semua duduk diam tengok skrin. Comel je. Mama suruh abang buka begnya, tapi abang taknak. Pastu cikgu suruh buka, elok je abang buka. isk isk..

Mama pujuk abang, teman abang tengok cd lagu. Mula2 nak duduk atas riba, tangan semakin kuat pegang baju Mama. Mama tau, abang mesti tau Mama dah nak tinggal dia kat taska. Mama pujuk2 lagi, sembang2 yang best2 kat taska tu. Lama2 abang nak duduk bawah dan dah tak ingat nak pegang baju Mama lagi.. ;)

Mama dan Ayah keluar pelan2. Tapi seketika kemudian abang berpaling. Cikgu panggil suruh salam, cikgu cakap nanti tengahari Mama ambil abang. Abang salam Mama dan Ayah. Mama usap kepala abang, pesan kat abang duduk elok2, dengar cakap cikgu, jangan nakal2. Abang angguk2.

Tiba2 abang cakap, "beg abang mana Mama?".. Kelakar betul abang ni. Beg yang dia ingat sangat. Mama bagitau beg ada pada cikgu. Cikgu pun cakap camtu. Pastu Mama dan Ayah melangkah pergi kerja meninggalkan anak sulung kesayangan kami di bawah peliharaan Allah Taala, moga abang sentiasa baik2 saja di taska. *abang dah besar.. tsk*

Dalam kereta..

Ayah : Ha, kenapa sedih pulak?
Mama : Mana ada sedih. Ayang gembira la abang duduk taska. Ayang suka je. Biar dia belajar.

Macam tau2 je Ayah ni tau. Takleh nak rahsia2 sket pun lahainye... Mungkin sebab air muka Mama berubah masa nak tinggalkan abang tadi kot. isk. Baru nak feeling anak dah besar, dah sekolah.. dah kena potong. haduih.. haha.. *ayah, sila jangan ulas ok, senyap2 sudah*


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥