♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, February 16, 2012

Work Load ~ Sila Jangan Stress

Sejak kebelakangan ini, Mama cepat mengantuk waktu malam. Terutamanya bila petang selepas balik sekolah tak dapat nap sekejap atas pelbagai urusan. Banyak sangat kerja di sekolah. Bayangkanlah, asal sampai sekolah je terus ke hulu ke hilir, masuk keluar sana sini, naik turun atas bawah. Memang banyak sangat kerja. Work load ok.


Need a break. Isnin aritu Mama sengaja ambil cuti rehat sehari nak break sekejap dari kerja yang bertimbun2 tu. Siapa cakap kerja cikgu senang? Hari Sabtu pun kerja ok. Fuh..


Pasal production susu, alhamdulillah dah kembali stabil. Projek up susu dengan ber-power pumping setiap malam memang masih berjalan. Cumanya Mama dah tak update kat entri INI sebab kang panjang berjela pulak kan. Itu pun dah cukup panjang. Cukuplah sekadar 7 hari punya projek je Mama up dalam blog. Nanti kalau ada projek akan datang Mama upload lagi. ;)


Berbalik cerita stress, Mama rasa Mama happy je, cuma kerja banyak dan tak terkejar. Minggu ni sibuk dengan kerja ini, Mama fikir mungkin minggu depan kurang sibuk, tapi tidak, sibuk pula dengan kerja yang itu. Fikir lagi, mungkin minggu lagi satu kurang kerja, tidak juga, kena urus yang ini pula. 


Macam minggu ini, sibuk dengan minggu sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Baru rasa macam 'takpe, minggu depan nak tumpu pada bla bla bla', tiba2 dapat sms daripada kawan bagitau nanti akan ada pemantauan p&p (pembelajaran dan pengajaran). Bermakna akan ada pemantau yang akan tengok kita mengajar! Oh, tidak... Lama dah rasanya syok sendiri saja dalam kelas. Nanti akan ada yang melihat kita mengajar. Oh, minggu depan kena start action macam ada yang memerhati masa mengajar, kena susun aktiviti dalam kelas dengan lebih terperinci, kena ada bahan bantu mengajar, kena itu, kena ini..




Tengok, bilanya nak habis kerja kan. Selagi hidup, kerja memang la takkan habis. Cumanya bilalah nak kurang sikit kerja kan. Takpe2, tanak merungut, kerja kan ibadah. Stress perlu dikawal. Nanti cepat tua, tu takpe sangat lagi sebab jangka masa panjang, ni jangka masa pendek ni, takut susu merudum dum dum kembali. Oh, tidak. 


Sangat risau bila susu dum dum dum. Sebab nak up semula tu kena usaha lebih. So sekarang azam Mama nak maintain mengepam, takpe walau sehari 3x je asal jangan kurang. Waktu wajib pam Mama sekarang adalah masa rehat di sekolah, sebelum tidur dan bangun tidur. Petang kadang2 sempat pam sekali kadang2 tak sempat. Takpe, yang petang tu harus je tak wajib. haha.


Ok. nak siap2 gi kerja... Kerja menanti ku... ;)

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥