Lama nak update pasal freestyle Mama kena servis ni tapi disebabkan kekangan2 tertentu, tak dapatlah Mama nak update. Sampai kan freestyle Mama dah siap servis barulah sempat nak update.
Alkisahnya, punya la kelam kabut hidupku disebabkan fs kena servis. Mama buat keputusan untuk servis sebab ada masa2nya tengah syok2 mengepam, suction takde. Tapi minit tetap berjalan. Mama goyang2 sket fs tu baru la ada suction balik. Huh, cuak sudah. Beberapa kali berlaku, Mama terus hubungi seller Mama minta nak servis. Lagipun dah 2 tahun lebih digunakan kan. Haruslah diservis nak2 lak dah jadi semput2 camtu.
freestyle kesayangan yang banyak berjasa
Fuh, pelbagai dugaan menimpa sepanjang fs Mama masuk wad. Sebelum hantar servis, Mama ada back up pam Unimom Allergo. Suction sangat soft Mama rasa. Mungkin sebab dah biasa dengan suction fs yang kuat, so bila guna Allergo ni rasa macam takde pape berlaku walaupun masa tu tengah mengepam.
Mula dah cuak. Tapi buat relax dan cool. Try pulak guna single pumping. Sebab ada yang cakap kalau double pumping memang suction tak kuat sebab dah terbahagi dua. Kuat sikit la dari double pumping tapi masih tak memuaskan hati.
Walaupun begitu, Mama tetap hantar servis jugak fs Mama sebab Mama risau kalau ditangguh2 lagi kang rosak teruk kang Mama jugak yang meraung. Dalam pada menghadapi masalah pam tak fit dengan badan, Adik pulak tak sihat dan kurang menyusu. Cite pasal tak sihat tu Mama dah cite kan.
Mulalah menambah gelabah Mama bila Adik taknak menyusu sangat. Menyusu pun sikit2 pastu sudah. Makanya membengkaklah B Mama. Hari pertama selepas fs selamat dipos untuk servis, Mama tak mengepam. Banyangkan, biasanya hari2 mengepam paling koman 2 kali, atau biasanya 3-4 kali sehari, tiba2 Mama stop mengepam. Tak ke membengkak tak kira B Mama.
Sampai ke tahap dah clog duct dah ha. Pam2 tak kuar sangat. Marmet (perah guna tangan) pun tak membantu sangat. Akhirnya Mama buat keputusan marmet dalam bilik mandi. Walaupun memang sayang susu terbuang gitu aje, tapi sebab dah tak tahan sakit terpaksa la kan. Kalau marmet pastu susu tu nak masukkan dalam bekas, macam tak bebas dan tertahan2 sebab nak bagi susu tu masuk dalam bekas bukannya senang walaupun Mama guna bekas yang besar.
Dalam bilik mandi, memang marmet habis-habisan sampai merah2 dah B. Mula2 memang susu kuar macam biasa saja. Pastu Mama bersihkan nipple dengan berus gigi, gosok lembut2, sambung marmet semula. Tak sampai seminit susu memancut2 kuat ke pelbagai arah. Macam dah pesta memerah susu lak dah dalam bilik mandi tu. Habis dinding bilik mandi merasa susu Mama. hihi.
Lama. Sampai Ayah datang tanya buat apa lama sangat dalam bilik mandi. Berhenti pun bukan sebab susu dah habis perah, tapi sebab dah sejuk (Mama marmet bawah pancuran air) dan B dah merah2 pastu leher dah lenguh menunduk. Tapi alhamdulillah walaupun susu tak perah habis tapi dah lega dari clog duct.
Pastu Mama cari alternatif beli pam lain. Nak beli yang baru rasa macam tak berbaloi. Baik beli yang 2nd hand je. Kat KIM ramai jugak nak jual. Tapi tiba2 Mama teringat sorang kawan sekolah Mama memang ada swing. Anak dia pun dah besar dan dia pun dah tak mengepam lagi. Terus sms nak pinjam. Petang tu jugak dalam hujan2 tu Mama gi amik kat rumah dia dengan ditemani Abang Iman.
Dapat2 je terus pam. Nasib baiklah kawan Mama ni dah steril siap2. Walaupun Mama tak biasa sangat dengan single pumping, tapi better than nothing kan. Terus tak guna daah Allergo tu. Sian dia. hihi. Lepas dapat swing tu memang Mama hanya gunakan swing sahaja sampailah Mama terima semula fs Mama semalam.
Sepanjang fs takde, Mama terasa rindu sungguh nak mengepam dengan fs. Ianya menjimatkan masa. Sangat menjimatkan masa. Pernah sekali masa di sekolah, disebabkan masa yang terlalu padat, Mama sempat pam sebelah saja. Yang sebelah lagi dah tak sempat pam lalu menahan sajalah ianya membengkak. Habis basah baju dan tudung.
Bila dah dapat fs semula, rasa macam nak melompat2 sebab seronok dan lega sangat. Kawan karib Mama dah pulang. Pasni dah takde masalah kekangan waktu lagi la. Tambah pulak lepas diserang demam dan muntah2 aritu, Adik kurang menyusu. Badan pun dah susut sikit walaupun berat tetap bertambah bila gi check up. Bolehlah Mama pam bila Adik taknak menyusu.
Pasni kalau nak servis freestyle lagi, Mama akan bersedia mental dan fizikal. Mungkin kalau ada rezeki lebih Mama nak beli back up pam lain sebagai persediaan jika fs perlu diservis lagi. Yang pasti, Mama serasi dengan pam medela tak kiralah harmony, swing atau freestyle. Semuanya serasi dengan Mama kalau nak dibandingkan dengan brand lain yang dah pernah Mama cuba.
Freestyle.. ku sayang kamu...
0 comments:
Post a Comment