Lebih kurang jam 7.30 pagi kami bertolak. Tok Abah singgah ambil di rumah. Abang Iman bermalam di rumah Tok Abah malam sebelumnya. Masa Tok Abah sampai, Bunyamin masih tidur. Kesian nak mandikan sejuk2 pagi, terus saja angkat masuk kereta.
Kami sarapan di Simpan Pulai. Kemudian meneruskan perjalanan ke Raub. Terasa lama dan jauh sekali perjalanan kami. Lalu Cameron Highlands dan sempat menikmati udara segar di sana. Ramai sekali pelawa, bersesak2 walaupun masih awal pagi.
Sempat menziarahi sepupu Tok Abah. Sebentar sahaja kerana tujuan asal masih belum terlaksana. Singgah makan dan solat, kemudian meneruskan perjalanan ke Dong.
Di Pahang, nak ke satu tempat ke satu tempat adalah sangat jauh. Mungkin kami yang terasa jauh, atau mungkin sememangnya jauh, entahlah. Tapi terasa lama nak sampai ke sesuatu tempat tu. Tiba di Dong, rumah Tok Aki yang sudah dimaklumkan awal tentang kedatangan kami.
Tok Abah dan Tok Mama khusyuk mengutip pengalaman Tok Aki berkaitan penanaman pokok vanila yang turut diusahakan oleh Tok Abah. Mula2 kami semua *termasuk si kenit dua orang* gigih meredah kebun Tok Aki sambil ditemani nyamuk hutan yang berterbangan di sekitar kami. Dalam hujan renyai2 yang masih bersisa, masih setia mendengar perkongsian ilmu daripada Tok Aki.
Lama2 dah tak tahan sebab anak2 dah mula merengek. Mama dukung Bunyamin, Achik Anna dukung Abang Iman, kami lantas menunggu di dalam kereta sahaja. Adik menyusu, Abang menyusu. Ingatkan nak tidur rupanya mata masih berdegil mengingatkan nak main. ish, anak.. anak..
* bersambung la ye.. nak tidur, penat..
0 comments:
Post a Comment