♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, March 16, 2012

Hari Teruja

Terujanya hari ini. Sebab blog sudah berwajah baru. lalalalalala... Setelah sekian lama menanti, dan juga setelah beberapa kali minta edit itu dan ini, akhirnya siap jua header baru Mama. yahoooo...


Kali ini Mama tampilkan tema kartun pula. Bosan dah nengok muka sendiri, so tayang muka kartun la pulak. Kalau kartun leh pakai macam2, kang kalau gambar sendiri pakai macam2 kang dapat emel teguran pulak. Tak kuasa aku.


Mama masih menggunakan designer sama yang buat header pertama Mama dulu iaitu Kak Eya. Dah lama tak berurusniada dengan Kak Eya, rupanya sekarang biz Kak Eya dah maju. Tempahan berderet2 sampai tak menang tangan katanya. Tu pasal la Mama kena tunggu lama. Tapi takpe sebab hasilnya sangat memuaskan hati. Pastu Kak Eya ni sabar tau, berapa kali Mama minta dia edit sana sini, dia ikutkan je. hihi. Thanks Kak Eya...


Selain itu, signature Mama sebelum ini pun Mama edit sedikit. Sebab yang sebelum ini rasa macam pelik. Mungkin sebab Mama Husna tu berada di sebelah je kan so nampak pelik. Fikir punya fikir, cari ilham sana sini, dapatlah hasil sebegini.


 

Kartun tu memang Mama guna yang sama sebab sayang wooo... Mahal lak tu beli kartun ni. Custom made ni. Memang 100% idea sendiri dan direalisasikan oleh designer feveret Mama Jiya. Aritu dia tutup order lama, nak habiskan order yang berderet2. Sekarang dah buka semula, bolehlah order ye.

Masa Mama order signature kat atas tu, Mama sedang mengandungkan Bunyamin. Oleh sebab tak pasti nak letak Iman juga atau nak letak nama lain, maka Mama minta Jiya tulis Mama Husna. Bila Bunyamin lahir, setelah berbincang berhari2 dengan Ayah, maka sepakat nak letak Iman juga so tu yang tukar balik ke Mama Iman cuma kali ni tambah S sebab dah ada 2 orang Iman. hihi. Actually walaupun Mama guna ni sebagai signature, ianya boleh juga digunakan sebagai watermark. 

Kat bawah ni pun Mama edit watermark lama. Sebelum ni ada bulatan kat belakang kartun tu, dan tulisan tu pun Mama tukar. Bukan apa, nanti bila2 jemu leh guna sebagai signature pulak kan. Jimat. hihi.



Sedar tak sedar rupanya dah banyak juga watermark Mama. Daripada awal2 dulu taktau nak tempah kat siapa, sampai dah berlambak2 la pulak. hihi. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah bagi. Tak sabar nak rasmi watermark baru. *actually yang dimaksudkan dengan 'baru' itu adalah watermark yang belum siap daripada Kak Eya juga, pasangan dengan header*

Untuk info, header pertama Mama ada pasangannya iaitu signature dan watermark pertama Mama. Ni tempah dengan Kak Eya. Sebab tula header kedua ni pun nak ada pasangan juga. hihi.

 

pasangannya


Watermark dan signature kartun bergaun pengantin warna biru itu tiada pasangan dengan header sebab masa tu masih serba salah nak tukar header ke tak sebab sedang mengandung, taktau jantina baby lagi. Kononnya nak tempah gambar kartun sekeluarga tapi akhirnya buat keputusan tempah header kartun sorang2 *gila kuasa* sudahlah.

Nanti kalau rajin Mama update kisah watermark pertama sampai yang terbaru ye. Sebab yang betul2 terbaru fresh from oven belum siap. kihkih.

Ok, Bye.

Yang Ini Pun Best



2 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

cantik la header mama iman ni....nak nye mcm tu..mahal x tempah header

mamaiman said... [Reply to comment]

tq ummi zayda..
harga ikut kita nk mcmna
klo kartun mhl sket la sbb dorg akn design kartun tu khas utk kita je..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥