Kisahnya begini ya, hihi.. Hari Isnin, Selasa dan Rabu si suami masih sihat walaupun dah ada aduan2 mengatakan rasa sejuk2, rasa nak selimut2, rasa tak larat bla bla bla. Masih pergi kerja.
Rabu petang, ditimpa hujan selebat alam dalam perjalanan balik kerja. Kesian suami ku. Takpe2, nanti kita beli kereta sebiji lagi ye. hihi. *doa ni*
Malam tu suami dah rebah, tapi badan masih sejuk, belum demam. Anak2 dan urusan lain semua Mama la uruskan sebab Ayah dah terbaring tak sedar dah.
Dalam jam 4.00 pagi tu Ayah menggeletar sejuk sangat2. Mama rasa badan Ayah sangatttttt panas. Cek suhu dah 38'c. Tinggi tu.
Terus Mama bangun ambil tuala kecik, rendam dalam air berisi icepack dan jelum kepala Ayah nak turunkan suhu. Tak lama pun, sebab Ayah tak tahan sejuk. Aisy, ni kalau anak ni dah kena paksa dah ni. Nasib baik suami. haha.
Esok pagi Mama ke sekolah juga, tapi Mama mohon excuse dari contact time sebab nak bawa suami ke klinik. Doktor pun cakap demam Ayah tinggi. Doktor bagi mc 2 hari untuk berehat di rumah.
Pagi tu masa Mama dan anak2 dah tidur, Ayah sekali lagi menggeletar kesejukan. Kali ni lebih teruk. Mama bagi makan ubat tapi termuntah pula. So hari Jumaat tu Mama ambil cuti rehat sebab tak harap nak tinggalkan Ayah sorang2 di rumah dalam keadaannya begitu.
Petang tu Tok Abah dan Tok Mama datang ambil Iman. Dekat2 nak Maghrib Mama, Ayah dan adik balik rumah Tok Abah. Esoknya Mama ada MTQ so tak lepas nak tinggalkan Ayah dengan Iman sahaja, sebab tu balik rumah Tok Abah. Sekurang2nya ada yang boleh tengok2kan Ayah masa Mama takde tu.
Mama pergi sekejap saja, lunaskan tugas sebagai hakim, tak tunggu majlis habis pun, terus minta excuse lagi sebab taknaklah menyusahkan Tok Abah pula nak jaga Ayah lama2 kan. Adik hantar rumah Opah pengasuh. Susu yang dibekalkan pun baru habis sebotol. Sekejap sangat Mama tinggalkan mereka sebab hati resah gelisah saja memikirkan kesihatan Ayah.
Kami berehat2 saja di rumah Tok Abah sampai hari Ahad. Nenek dan Atok pun datang melawat Ayah. Sebenarnya masa Ayah demam kuat hari tu Nenek dan Atok balik Johor tengok cucu baru. Kalau Nenek ada, Neneklah yang dekat boleh tengok2kan Ayah.
Alhamdulillah Ayah beransur sihat. Sepatutnya Isnin, Selasa dan Rabu kena berkursus tapi disebabkan masalah kesihatan terpaksa la ganti dengan orang lain kan. Ahad malam kami sekeluarga bertolak ke rumah sendiri.
Syukur alhamdulillah sepanjang Ayah tak sihat, anak2 sihat dan aktif sahaja seperti biasa. Kalau tak kecoh juga Mama nak menguruskan ketiga2nya. Minggu ini Mama pula rasa nak rebah, tapi masih cuba menggagahkan diri lagi..
Moga kesihatan kami sekeluarga baik2 saja hendaknya... ;)
0 comments:
Post a Comment