Namun semua itu tak pernah mematahkan semangat Mama untuk terus berjuang menyusukan Bunyamin sehingga 2 tahun usianya. Nekad dan tekad ini sudah lama tersimpan sejak gagal menyusukan si abang sepenuhnya dengan susu Mama sendiri.
Takkan lah dengan sedikit ujian, sedikit cabaran Mama mudah mengalah sedangkan azam ini sudah lama tersemat di jiwa. Mama akan berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk memastikan impian ini menjadi nyata.
Datanglah seribu halangan, bersama doa yang tak pernah putus dipohon, bersama insan2 kesayangan yang sentiasa di sisi, selagi itulah Mama akan terus berjuang memastikan Bunyamin akan terus menikmati titisan emas ini hingga ke titisnya yang terakhir. *sebak*
Tekanan kerja, ditambah lagi dengan tekanan2 lain yang tak terduga, berusaha mengawal tekanan sedaya mungkin, cuba tersenyum walau peritnya... mengajar Mama untuk memahami erti sabar.
Sabar itu indah. Walau indahnya mungkin di penghujung perjalanan. Untuk menemui keindahan itu, pasti perlu melalui sedikit keperitan. Itu lumrah. Mama redha dengan bahagian Mama ini.
Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu mengorbankan sesuatu yang lain. Tak sanggup Mama nak korbankan hak anak2 Mama hanya kerana penat melayan kerenah stress yang tak pernah berpenghujung. Oleh sebab itu, Mama memilih untuk mengorbankan masa rehat Mama, korbankan masa tidur Mama, demi anak2..
Taknak la stress.. Stress, sila pergi jauh2. Mama ingin hidup bahagia..
0 comments:
Post a Comment