Dulu Mama rajin. *tetiba*.
Nanti la dulu, belum habis ayat lagi la. Dulu Mama rajin update pasal mainan2 Abang Iman. Yela, masa tu anak sorang tu je nak kelek nak golek nak gomol nak belai. Sekarang ni kena la bahagi kasih. *eceh* Untuk info, B dalam entri terdahulu tu sekarang diturunkan kat adik pula, piano dah rosak, lain2 tu tidak dijumpai, hihi.
Oleh sebab rumah dah penuh dengan pelbagai jenis 'kenderaan' Abang Iman, maka tiba2 rasa nak abadikan kenangan rumah sepah itu di dalam blog.
Betul kan Mama cakap pelbagai kenderaan ada dijual di rumah kami. Sebut jela nak apa semua ada ha. Sampai kan lori sampah pun ada. haha.
Ini semua kegemaran Abang Iman. Sebenarnya ada banyak lagi. Eh, memang banyaklah, tak terkira la. Yang kecik beso panjang pendek semua ada la pendek kata. Tapi yang ni jela Mama snap sebab tak kuasa nak mengatur bendalah tu semua sebab pelbagai saiz.
Itu belum termasuk kereta dan motor yang boleh naik lagi tu. Yang kecik2 ni Abang Iman main tolak2 jela biasanya. Dulu masa dia kecik2 memang dia naik tapi ni dah besar dia tak naik dah tapi dia akan cuba bukak mana2 part kat kenderaan tu, bila dah patah mana2 part baru dia puas hati pastu dia akan main je mainan yang dah cacat tu. haha. Abang.. Abang..
Nampak macam tak sayang je mainan dia sebab suka hempuk2, belum campur tuang bedak dan air kat atas kenderaan dia tu. Bagi sejam dua cukup la untuk mainan Abang Iman berkeadaan baik, pastu terus nampak macam baru bawak keluar dari stor setelah tersimpan selama 10 tahun. *adeh*
Tapi bila Adik nak main sama *Adik pun suka menyakat Abang*, punya la cemburunya bukan main. Tak dibaginya Adik nak main sama. Isk isk Abang..
Selalu Mama ingatkan adik-beradik tak boleh gaduh2. Cukuplah, janganlah sejarah Mama berulang kat anak2. Adik nama Bunyamin, adinda Nabi Yusuf a.s. yang sangat disayangi kekandanya. Moga berkat nama itu, Adik Bunyamin sentiasa disayangai oleh adik-beradik dan keluarga ye sayang.
Walau sudah ada yang kedua, ketiga, keempat.. semua anak Mama tetap Mama sayang. Tapi yela, Abang Iman baru 2 tahun 9 bulan, apalah yang diketahuinya tentang erti berkongsi. Takpe, lama2 nanti abang akan mengerti ye sayang..
0 comments:
Post a Comment