♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, April 12, 2012

Pam & Bajunya

Tajuk entri macam tajuk cerita dongeng kanak2 kan... ;)

Sudah lewat malam. Anak2 sudah lama diulit mimpi. Namun Mama belum dapat melelapkan mata, lalu mengambil sedikit masa mencoret di blog kesayangan ini.

Sudah lama upload gambar di entri ini namun belum punya kesempatan mencoret lalu terperam saja dalam folder. kih kih. 

Malam ini Mama nak kongsi sedikit tentang sesuatu yang sudah lama difikirkan namun belum berkesempatan dilaksanakan. Oleh kerana pam kesayangan Mama yang lama ada masalah suction, mungkin kerana terhentak sesuatu, atau mungkin terjatuh *perkataan 'mungkin' digunakan sebab tak berlaku di depan mata Mama kecuali sekali pernah terketuk remote tv*, maka freestyle bongsu ini Mama jaga rapi.

Khuatir mengalami masalah yang sama atau mungkin teruk lagi, Mama terfikir nak buat atau tempah 'baju' khas untuknya. Taklah Mama risau nak usung sana sini sebab ada yang cover badannya.

Dari sehari ke sehari, rancangan itu hanya di dalam hati sahaja. Selain faktor masa, nak design macamana atau nak tempah dengan siapa pun Mama tak pasti. Aritu kan jalan2 Cameron Highlands, tiba2 ternampak beg2 comel lalu terfikir nak buatkan 'baju' freestyle bongsu lalu terbeli. hihi.


Jenuh juga nak memilih sambil berfikir adakah muat beg itu dengan freestyle bongsu Mama bersama2 tiubnya lagi. Fikir punya fikir, ingat punya ingat, agak punya agak, akhirnya Mama beli yang ini. Ada warna pink dan merah. Mama pilih merah sebab pink tu risau mudah kotor sebab memang heavy duty katakan...


Taraaaa... *bak kata Iman Bukhari* Inilah dia si freestyle bongsu yang dah selamat duduk diam2 dalam bajunya itu. Ngam2 sahaja. Lega Mama sebab akhirnya ada juga beg pam yang lebih memudahkan Mama. Selain senang nak bawak sana sini, selamat juga daripada mencuri perhatian si kecil Bunyamin sebab Bunyamin sangat sukakan tiubnya.

Ok lah, nak tido dah. Abang Iman selsema dan batuk lalu tidurnya tak lena. Nak masuk tidur temankan anak2.. ;)


Yang Ini Pun Best



2 comments:

mamaiman said... [Reply to comment]

.

Anonymous said... [Reply to comment]

.

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥