Malam tadi Abang Iman demam. Walaupun demam tapi Abang tetap aktif dan tersenyum sahaja. Takde la kata nak meragam ke apa. Elok je dia. Siap request nak tidur buai, Ayah buaikan. hihi..
Hari ini Abang taknak ke taska, taknak juga ke rumah Nenek. Hanya nak duduk di rumah sahaja. Ayah nak kerja, lalu Ayah hantar Abang ke sekolah Mama.
Biasa la Abang, tak duduk diam walau demam. Mama bagi makan sikit, pastu bagi makan ubat dan buatkan susu Abang. Abang minum sikit je. Mujurlah Mama dah habis kelas, bolehlah melayan kerenah Abang.
Lama2 makin tak terkawal, lalu Mama bagi 'tugasan' kat Abang. Tugasan itu adalah aktiviti klipkan klip kertas di kertas. hihi. Rupanya Abang minat dan leka bermain.
Tadi mula2 Mama nak snap gambar Abang punya la marah. Jerit2 cakap tanak ambik gambar. Tapi dah ralit main klip2 kertas, tak heran pun Mama nak snap gambar ke apa. Rasanya Abang tak perasan Mama snap gambar dia. huhu.
Inilah dia hasil kerja Abang yang belum selesai. Masa ni Abang masih sibuk mengelip kertas. hihi..
Tengok tu, sibuk dengan klip kertasnya. Berterabur jangan cakap la meja Mama ni ha. Takpelah anak, asal kamu seronok. Kalau tak sibuk mintak nak balik.
Eh, dah bunyi loceng. Nak balik dah la. Abang dah mula bosan dengan klip kertasnya itu.. ;)
1 comments:
iman ni ada daya fokus yang tinggi... tak mudah jemu.... bagus betul, dia boleh layan klip dan kertas :)
Post a Comment