Dah lama rasanya Mama tak update blog kesayangan. Bukan sebab sibuk, biasanya kalau sibuk mana pun kalau datang mood menulis tu, tetap boleh dicuri sedikit masa. Tapi mungkin sebab takde mood, ditambah dengan penat dan sebagainya.
Sekarang ni Mama sedang melalui zaman kemeruduman susu. Mana taknya, jadual mengepam kelaut, jadual ambil supplement juga kelaut. Kalau hari kerja, insya-Allah pengambilan air memang mencukupi tapi kalau hari cuti, alamatnya kelaut la semuanya.. haha..
Memahami konsep penyusuan iaitu demand vs supply sahaja tak memadai jika tak diiringi bersama amalan. Yela, tau saja tapi tak amal kan. Sama macam kes Mama la, memang la tau semakin tinggi permintaan semakin banyak susu dihasilkan.
Tapi nak cipta permintaan tu la ada virus M melanda. Aduhai.. Malam2, duk plan nak buat power pumping bukan main lagi tapi kelaut jugak sebab ikut sama anak2 tido. Sedar2 dah pagi.
zaman kemerosotan hasil perahan
setiap kali pam dapat 4 oz
Tengoklah hasil sekarang ni. Setiap kali pam cuma mampu dapat 4 oz berbanding sebelum ini berjaya dapat melebihi 10 oz. Tapi Mama tetap bersyukur sebab sekurang2nya lepas juga untuk sekali minum si Bunyamin tu..
Tapi insya-Allah, cuti sekolah akan bermula lagi 3 hari. Mama plan nak tingkatkan usaha up balik production Mama. Kalau terlebih rajin nak buat entri macam hari tu. haha..
Doa Mama moga segalanya dipermudahkan. Target dapat sehari 2-3 botol jadi la dalam cuti ni. Cuti 16 hari, tolak la Sabtu Ahad sebab nak jalan mana2 kan, so kita kira hari kerja sahaja, ada dalam 10 hari, kalau sehari dapat 2 botol, habis cuti dapat la jugak 20 botol kan.
Chaiyok Mama!
0 comments:
Post a Comment