Cinta itu boleh diumpamakan seperti makan sambal belacan
Walau pedas hingga mengalir airmata
Namun tetap dimakan jua..
Hihi.. saja quote lagu lawak2 dari filem Lady Boss. Boleh ingat lirik tu sebab asyik la diulang tayang kat Astro.
Tapi memang ada juga betulnya. Cinta itu pedas, pedih dan sakit, sebab bisa mengalirkan airmata. Tapi tetap jua kita ingin terus merasainya. Adakalanya tanpa cinta kita rasa kosong kan. Rasa tawar saja.
Cinta kau dan aku juga begitu. Rasanya banyak juga airmata ini mengalir keranamu, namun tak pula terlintas ingin membuang cinta di hati untukmu. Tetap terus mencintaimu hingga ke usia 4 tahun perkahwinan kita hari ini.
Tahniah buat diri kita berdua kerana berjaya mengharungi 4 tahun ini bersama suka duka adat resam berumahtangga. Syukur juga ku panjatkan kerana hingga ke tahun yang keempat ini, kau masih ada di sisi, masih boleh ku kucup pipimu sambil mengucapkan 'happy anniversary sayang'.
Pernah juga terbayang hidup tanpamu, juga hidupmu tanpaku. Paling kesian tentulah anak2. Moga usia kita masih berbaki untuk melihat anak2 membesar menjadi insan.
Ku menyayangimu. Walau masa kita bersama semakin terhad, namun ku tahu ada aku di hatimu. Ada anak2 di jiwamu. Anniversary lalu kita bertiga, kali ini kita berempat pula. Moga ada rezeki menimang puteri belahan jiwa pula pada anniversary bila2. hihi.
1 comments:
Wow, this piece of writing is good, my sister is analyzing such things, so
I am going to inform her.
Here is my page: Mold Remediation Indianapolis
Post a Comment