♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, May 4, 2012

Bunyamin Sekolah

Dari semalam duk pening kepala, taktau nak buat macamana. Hanya berserah kepada Allah. Syukur Alhamdulillah, hari ini segalanya dipermudahkan. 


Alkisahnya begini. Petang semalam Opah pengasuh Bunyamin telefon, minta cuti hari ini sebab nak keluar membeli barang2 keperluan untuk persiapan kenduri pertunangan anaknya esok. Takkanlah Mama tak bagi pulak, bukannya selalu Opah minta cuti. Lagipun ini kenduri anak bongsunya, kesian pulak. Lagipun Mama fikir takpela ada Nenek boleh minta tolong jagakan Bunyamin.


Alih2 dalam jam 4.00 petang camtu, datang Achik Fiq hantar Abang Iman yang memang Mama tinggalkan di rumah Nenek sejak pagi, tak hantar taska sebab Abang Iman tak berapa sihat. Achik Fiq khabarkan Nenek dan adik2 ipar Mama akan balik Johor petang tu sebab nak ziarah besan Nenek yang kritikal di hospital.


Adeh, tergaru2 kepala jadinya Mama. Memikirkan nak hantar kat siapa la Bunyamin esok ni. Nak bercuti, segam pulak sebab haritu Mama dah cuti panjang masa sakit telinga tu. Malu alah pulak rasanya nak cuti lagi. Dah la Jumaat, nanti orang cakap sengaja nak sambung cuti. Memanglah kalau nak fikir cakap orang, susahlah hidup. Tapi segan jugak kan.


Fikir punya fikir punya fikir, Mama buat keputusan bawa Bunyamin ke sekolah. Sesuatu yang tak pernah Mama lakukan masa Abang Iman kecik2 dulu, hihi. Takpela dik, nak buat macamana, tanggungjawab perlu ditunaikan.



Sampai2 sekolah pagi tadi, warga sekolah sedang dalam program bacaan Yasin mingguan. Jadi Mama tunggu dalam kereta sahaja. Sementara itu sempatlah snap gambar Bunyamin. 

Oh ye, pagi tadi Mama tak mandikan Bunyamin sebab Bunyamin batuk. Cuma lap2 badan dan pakaikan baju bersih. Siap jaket. hihi.

Hari ini Mama tak banyak kelas, tapi tetap ada kerja nak buat. Masa entri ini ditaip, kerja sudah selesai tapi Bunyamin entah ke mana. Rakan sekerja bawa Bunyamin jalan2 sebab dah bosan agaknya memerap dalam bilik j-QAF ni. 




Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥