♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, May 3, 2012

Hasil Marmet Tak Terduga

Banyak cerita ingin dikongsikan. Namun banyak juga kekangan yang menghalang. Bermula 2 minggu lalu kisah sakit telinga, kemudian anak2 pula bergilir2 demam on off on off. Dengan kerja yang tak pernah habis2 atau paling tidak surut pun jadilah tapi jangan mimpi.

Semalam, entah ke mana fikiran melayang, setelah 10 bulan berlalu, buat pertama kalinya Mama lupa bawa corong pam dan botol ke sekolah. Pam bawa, tapi corong dan botol tak bawa. Nak pam camne? Adeh..

Mujurlah Ayah belum pergi kerja lagi, bolehlah minta tolong Ayah bawakan corong dan botol dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Dah lega dah ni, sebab Ayah tolong cover. Bila Ayah sampai, tengok2 ada corong saja, botol takde. Aduhai, Ayah lupa nak ambik botol sekali. Dah susun siap2 dah cuma lupa nak masukkan dalam plastik. Takpelah tu, boleh tadah dengan plastik.

Hari ini, dah bawak semua corong dan botol, pam pulak lupa. Aduhai.. Itulah cabaran ibu bekerjaya kan, semua bahagian pam adalah penting. Jika pam tertinggal, bukan bermakna tak perlu keluarkan susu waktu bekerja ye. Nak demam bengkak susu ke apa kalau tak pam. Hihi.

Tapi tula, memang la ada alternatif bermarmet (pam dengan tangan), tapi Mama tak pandai sangat. Pernah buat beberapa kali, hasil yang dapat dalam 1 oz je. Bukan tak syukur, tapi nak ceritanya Mama tak pandai marmet.

Tapi hari ini, nak taknak KENA marmet sebab nak balik ambik pam, kelas penuh dan ada kerja2 perlu diselesaikan dalam masa free yang sikit itu. Walau tak berapa handal memerah guna tangan, tapi terpaksa la kan..


Tapi tanpa diduga, hari ini dalam sejarah lagi, Mama berjaya dapat 3.5 oz dengan bermarmet ni. Tak sangka la, sebab sebelum ni kalau guna tangan dapat sikit je. Kadang2 dapat tutup botol je. Hihi.

Syukurlah dapat juga untuk sekali Bunyamin minum. Tula, teknik marmet ni kena jugak tau walaupun tak handal kan. Sekali jadi situasi camni, dah gelabah. Macam Mama la. Hihi.

Rasa macam nak tinggal je satu backup pam kat sekolah, siap dengan corong dan botol. Bila jadi camni, kan susah. Dah la pagi2 dah marathon satu rumah ke sana ke sini, capai itu capai ini, tak diam2. Konpem la ada kemungkinan tertinggal itu ini kan. Tinggal handbag pun pernah. Hihi.

Oklah, pasni kena ada backup pam kat sekolah. Sekian. ;)

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥