Selamat hari lahir yang pertama, Anakanda Mama yang bijak, Ahmad Iman Bunyamin. Bermakna sudah setahun perjalanan penyusuan Mama bersamamu. Sejuta kesyukuran dipanjatkan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Nikmat rasanya. Moga terus diizinkanNya untuk menyusukanmu sepenuhnya dengan susu Mama sehingga ke 2 tahun usiamu dik.. ;)
Menjelang setahun usia Bunyamin, macam2 benda dah pandai buat. Paling best Bunyamin sudah boleh berjalan. Belum sangat cekap tapi Bunyamin prefer berjalan daripada merangkak. Bermakna Bunyamin sudah mula seronok berjalan. Merangkak kan sakit lutut. hihi.
Sedikit berat mulut. Tapi bila tiba mood baik tu, memang bising la mengomel macam2. Tapi semuanya berbunyi "ma ma ma". hihi. Hanya Mama sahaja yang Bunyamin pandai sebut.
Suka main sendiri bila Abang tiada. Tapi bila Abang ada, apa Abang buat semua Bunyamin nak buat. Apa Abang pegang semua Bunyamin nak pegang. Pastu bila Abang marah, mula cebek2 pastu tengok kat Mama atau terus merangkak pergi kat Mama. Ngadu la tu kononnya.
Masih dengan tabiat lama, pantang Mama bangun mula la nak melalak. Tak boleh lekang langsung dengan Mama. Dah la walker rosak pulak, memang susah Mama nak mandi dengan tenang. hihi.
Manja, sangat manja. Walaupun sudah setahun usianya, Mama rasa Bunyamin masih macam baby lagi. Mudah cebek bila naik sket suara. Biasanya bila cakap 'aaaap' bila dia nak ambik apa2, pastu mula la cebek terus. hihi. Tapi jap je, eksyen je, pastu elok je balik.
Takde rasa nak menambah anak lagi buat masa sekarang. *tiba-tiba* hihi. Huru hara dengan 2 hero di rumah. Mama jadi tarzan sesaja. Tapi merekalah pengubat duka lara Mama. Bila sedih, tengok muka anak2. Pasti sejuk rasa hati.
Bunyamin, moga adik panjang umur, dimurahkan rezeki sepanjang usia, jadi anak soleh, bijaksana dunia akhirat, taat Mama Ayah, sentiasa manis di hati Mama. Kamu anak Mama yang manis. ;)
0 comments:
Post a Comment