♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, June 10, 2012

Jalan2 Makan Angin Laut

Cuti sekolah ni tak lain tak bukan asyik berkenduri sajalah ye. Biasa la tu. Tapi rasanya Mama tak banyak pergi kenduri jauh2 sebab takde la banyak sangat dapat jemputan. Jiran2 je yang banyaknya pun. Tapi minggu lepas dapat jemputan kenduri ofismate Ayah kawen di Sitiawan.

Lepas kenduri kami terus ke Lumut. Dah dekat sangat dah. Solat Zohor dan Asar di masjid Lumut. Orang ramai sangat. Kereta juga penuh di atas jalanraya. Parking jangan harap la nak dapat port cun2. Sudahnya kami ronda atas kereta saja.

Jauh sikit dari pekan, ada taman permainan. Ramai juga di situ tapi sebab kawasannya luas, maka bolehlah diterima lagi situasinya. Parking pun tak susah mana.



Biasa la bila dah kat taman permainan tu kan. Si abang ni memang macam tak cukup masa. Semua benda nak main. Kejap main itu kejap main ini. Tak tentu arah dibuatnya sebab banyak sangat permainan kan. hihi.


Tengok jongkang jongkit tu. Kan Ayah dengan Adik kat sebalah tu kan. Sebelum snap gambar ni, Mama dengan Abang duduk kat hujung sebelah kanan tu. kih kih. Seb ben takde yang datang tegur dan cakap 'puan, ni untuk kanak2 saja ye'. Kalau ada nak jugak Mama jawab 'saya pun masih kanak2 ribena'. *eleh, macam berani je nak cakap camtu kan*

Abang naik buaian

Adik juga tak ketinggalan


Ada pulak buai jenis berpagar camni kan. Aduh, senang kerja mak pak bebudak kan. Takde la risau sangat letak budak2 dalam ni sebab dia ada pagar camtu. Nak hayun pelan2 pun mudah. Kat Taiping rasa belum pernah jumpa buaian camni. Ke ada? Kalau ada bolehlah bawa anak2 main di situ.


Penat bermain, kami melawat Kapal Ex-Rahmat pula. Kapal ni kapal lama dan dah tak digunakan lagi. Maka ia dijadikan ala2 muzium gitu. Memang best la dalam ni sebab boleh tengok sendiri kawasan dalam kapal camne. Sebelum ni duk tengok Titanic jela pun dapat tengok isi kapal camne kan.


Ok, bayaran masuk adalah RM12 untuk dewasa, RM6 untuk warga emas. Kanak2 lupa pula. Tapi kanak2 macam Abang dan Adik adalah free.



Mula2 nak meniti dari jeti ke kapal tu agak seriau. Yela, titiannya tinggi, di bawahnya laut. Mana tak seriau mak nak. Aduhai.. Dalam kapal tu pun suasananya menyeramkan. Taktau la kenapa tapi rasa seram je duk dalam tu. hihi. Bukan Mama je rasa camtu, Iman pun sama. Eh, nak samakan Iman dengan Mama ke? hihi.



Dalam pada seram2 tu Iman sempat pulak buat lawak di petang hari. Tengah2 duk melawat tengok barang2 dalam tu, boleh pulak Iman gi off suis aircond. hihi. Memang kelakar la Iman ni. Jenuh panas duk dalam tu. Tapi tak semua bilik ada aircond la...

"besarnya tali ni, Mama"

"beratnya rantai ni, Mama"


Ok, gambar di atas juga lawak ok. Kat atas tu adalah meriam. Mama saja angkat Iman naik atas tu nak bergambar dengan meriam la kononnya. Tapi Iman jerit2 takut. hihi. Iman.. Iman..


Dinasihatkan kalau anda nak datang sini, pakailah seluar ye. Sebab kena panjat sana panjat sini. Nak naik atas ni kena panjat, pastu nak turun satu hal pulak. Kalau pakai kain cemana tu? Nasib baiklah Mama memang tukar baju kurung pakai t shirt muslimah dengan seluar masa kat masjid tadi. Tah, rasa nak tukar je sebab tak selesa dengan cuaca yang panas melampau. Dalam kapal tu berpeluh2 ok. Jumpa aircond je terus mengadap. hihi.



Masa gambar ni diambil Mama suruh Iman berdiri sebab nak nampak pemandangan di sisi kapal. Iman takut nak berdiri lalu dia duduk je. Isk, bukan kata Iman je, Mama pun takut jugak tau. Yela, kat tepi tu memang betul2 laut. Dah la tinggi. Masa nak turun tangga paling seriau sebab tangga tu betul2 kat tepi kapal. Dah la kecik2, memang silap haribulan terus terjun laut la kata ko. hihi.


Ni dalam bilik kawalan. Ala, yang kapten kapal selalu duk tu. Kat sini ada aircond lalu terus stay depan aircond tanpa berganjak. hihi. Mula Iman taknak duduk atas kerusi ni sebab takut. Bila letak adik duduk sama baru Iman nak duduk. Pastu baru la sibuk main telefon la apa la sampai terjatuh2. isk isk Iman Iman..



Peralatan dalam kapal ni semua old skol ok. Semua lama2. Telefon lama, siap bercorong2 bagai, katil lama, semua lama la pendek kata.




Tengok Ayah turun, kan Mama dah cakap tangganya menggerunkan. Tapi yang ni ok lagi sebab tak tinggi sangat dan tak tepi laut sangat. Camne la orang keja kapal ek. hihi.




Mama suka ambik gambar anak2. Gambar sendiri kurang suka sebab gemuk. Nanti dah kurus baru leh bergambar semula. hihi. Nak kurus tunggu lepas pantang. *eh*


Haa, tangga inilah yang dimaksudkan. Seram ok. Betul2 seram. Masa turun tu jantung dup dap dup dap. Ayah cakap jangan la tengok laut. Cemana tak tengok dah betul2 tepi laut. Harus la tertengok jugak kan. Tengok muka orang lelaki relek je kan. Haisy..




Walaupun gemuk, tapi sebenarnya teringin juga nak bergambar keluarga kat sini. Memang tempat ni khas diorang sediakan untuk bergambar. Tapi masa tu Ayah dah penat campur kepanasan campur kedahagaan. hihi.

Lalu gambar Iman sorang jela. Ok la tu wakil keluarga kan Abang.. Lepas tu kami terus balik rumah. Seronok juga cuti2 Mesia ad hoc camni kan. hihi..


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥