♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, August 6, 2012

Kuih O

Petang semalam kami sekeluarga ke bazar Ramadhan. Sebelum tu kononnya nak cari baju kerja Ayah. Dapat la sehelai. Jadi la kan. Biasa la, orang high taste. #eh. hihi


Mula2 kami turun berempat walau nampak macam nak turun dah hujan. Baru beli wantan goreng dan ikan bakar, hujan dah turun renyai2. Pastu Ayah suruh Mama bawa anak2 tunggu dalam kereta. Ayah je beli sorang2.


Mama pun bergegas2 la ke kereta sebab hujan makin kasar. Tangan kiri dukung Adik, tangan kanan pegang Abang. Abang pun terpaksa jalan laju2 sebab Mama jalan laju2. hihi. Yela, risau anak2 kena hujan. Mama cover kepala Adik dengan tudung, tapi dia pandai tarik balik sebab tak nampak sekeliling kot. aisy.


Masa nak ke kereta tu, Abang bising nak kuih O. Kesian jugak tapi Mama kelam kabut risau anak2 kena hujan. Tak dengar sangat Abang nak apa. Lagipun tak faham kuih O tu kuih apa. Lagipun duit pun takde. Banyaknya lagipun.






Masuk dalam kereta, tunggu la kami. Abang dengan Adik biasa la, tak duduk diam seminit. Tak lama pastu Ayah sampai. Bising la Abang sebab tak beli kuih O dia. Jenuh Mama fikir kuih O tu kuih apa. Last2 pujuk2 Abang dengan ayam percik feveret dia. Pastu dia pun cool balik. Kalo tak nanti tak dapat ayam percik kan. hihi. Saiko ok.


Berbuka di rumah Nenek. Sementara tunggu waktu berbuka, tengok la tv. Ada pulak rancangan Man vs Food. Tiba2 Abang sebut, "haa.. kuih O!" dengan cerianya. Baru la Mama tau kuih O tu kuih apa. Donut rupanya. isk isk isk..






Macam2 Abang ni tau. Mula2 Mama ingat Mak Njang ngan Achik Anna yang ajar. Rupanya Mak Njang cakap Abang sendiri yang reka nama kuih O tu. hihi. Pandai Abang. Memang macam2 Abang reka nama sendiri. Ingat tak kisah "ikan parit"? hihi..

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥