♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, July 22, 2012

Percutian Keluarga Kecil

Bersahur sudah, solat Subuh juga sudah. Abang Iman masih dibuai mimpi, si kecil Adik ralit bermain dengan Tok Abah. Mama curi sedikit masa yang ada ini update cerita kami bercuti ke KL tempoh hari. Walau sudah lama jugak, tetap akan update sebagai kenang-kenangan.

* AWAS! Entri ini penuh dengan gambar!

Sebenarnya sudah dirancang lama. Tapi asyik tertangguh2 atas pelbagai sebab. Hingga akhirnya, kami pergi jua pada 2 Julai 2012 (Isnin). Kebetulan 1 Julai (Ahad) tu sekolah Mama sukan, so Isnin tu cuti peristiwa la kan.

Plan asal nak bertolak pagi2 Isnin, dalam jam 3.00 pagi. Tapi oleh sebab Mama terlena, beg belum packing, maka postpone ke jam 7.00 pagi. Maka seawal jam 7.00 pagi kami gerak ke KL. Anak2 Mama mandikan siap2 sebab kebetulan dua2 pun bangun masa Mama tengah siap2 barang kan.

muka ceria anak2 di pagi hari
sebelum memulakan perjalanan



Sebenarnya takde plan beria2 sangat. Jom kita ke KL, pastu kita fikir nak gi mana. Gitu je. hihi.  Tapi memang ada jugak target nak visit tu, antaranya Pusat Sains Negara, sebab ada pameran dinosour kan. Cuma susunan tempat lawatan dan masa nak gi tu takde. Mana sempat kita gi, camtu.

tunggu Ayah isi minyak


dalam usaha nak buat sign 1Malaysia

teman Ayah drive

Sampai KL lebih kurang jam 11.00 pagi. Mula2 sekali kami pergi Aquaria. Nak gi sana GPS jela. Walaupun terlajak2 jalan la ape la kan, akhirnya sampai jua.

dua beradik kecil teruja tengok ikan besar2



Memang dah war2kan pada Abang, Mama cakap kita nak gi KL nak tengok ikan. Ikan semua besar2 tau. Abang teruja, tapi Mama syak dia macam tak caye je ada ikan besar2 kan. Sebab biasa dia tengok ikan kecik je.



Sampai2 je sana, ternganga Abang tengok ikan besaaaaarrr punyaaa. Mungkin dia takut2 jugak sebab suasana kan gelap2 gitu kan. Mula2 Abang diam je dalam stroller, dah lama sket baru dia tunjuk sana tunjuk sini. Dalam tu bukan ada ikan je, rama2, kumbang, ular pun ada kan so lagi la dia teruja kan.

dalam terowong apa-ke-namanya-tah

Masa dalam terowong tu la paling best. Kan leh nampak ikan lalu atas kita, tepi kita. Abang lak duk dalam stroller kan, so lagi senang la nak tengok atas kan. Paling Abang ingat ialah ikan senyum aka ikan pari. Kan bila dia lalu hanya nampak bahagian bawah badan dia kan? So nampak macam dia tengah senyum la kan. Tu yang dia ingat sangat. Pastu ikan jaws. Balik Perak cerita sakan kat orang dia tengok ikan senyum ngan ikan jaws. Paling lawak, ikan senyum tu Abang panggil ikan parit, sebab dia dengar Mama cakap pari tu macam parit kot. hihi.

Abang teruja tengok gigi jaws
tak tengok kamera pun hihi

O ye, gambar adalah kabur sebab dalam tu kan gelap, pastu kamera lak 'canggih' sangat kononnya kan, takleh on flash lak, so ni jela gambar yang dapat diambil. Jadi la, buat kenang-kenangan. 

Pas ke Aquaria, kami gi rumah mak sedara Mama, adik Tok Abah. Rehat2 di sana, solat la mandikan anak2 la apa semua, pastu kononnya nak naik tren sebab rumah Opah Tam dekat dengan tren tapi kensel sebab anak2 dah meragam, Abang demam lak. Aduhai.. Lagipun dah jam 5.00 lebih, dah waktu orang pejabat balik so Opah Tam cakap time cenggini tren pack. Postpone jela..

Esoknya Selasa kan sebenarnya Mama sekolah. Tapi akhirnya Mama ambil cuti sebab rasanya kalau balik hari ni pun Mama akan cuti jugak sebab Abang demam. Panas jugak la badannya tapi dia ok2 saja, takdela teruk sangat meragamnya.

Akhirnya kami decide cari hotel dulu, mandi dan rehatkan anak2 dulu puas2 kan. Maklum la, anak2 bukan pernah jalan jauh bercuti2 camni. Kalau balik Johor kampung Ayah pun, dalam perjalanan je jauh pastu sampai kampung leh rehat dah atas katil kan. O ye, Opah Tam memang suh tido umah dia, tapi dia kerja so kami taknak la menyusahkan dia lak kan.

Dalam hotel Bunyamin paling teruja. Jalan sana jalan sini tak henti2. Habis semua telefon hotel & barang2 yang rendah, semua dia tarik bagi jatuh bawah. Mama nak solat pun, ditariknya sejadah Mama ke sana sini. Dah la sempit sket bilik tu dik oi. Isk isk isk...

Dekat2 maghrib tu, anak2 dah siap2 mandi semua, Mama buatkan susu Abang, tau2 dah tidur. Nak keluar makan, kesian pulak nak kejutkan Abang. Yela, sebelum tu Mama bagi Abang makan ubat. Last2 kejut jugak la. Nasib baik Abang ok2 je, takde ngamuk2 bila kejutkan.

O ye, lupa lak, kami tidur di hotel Ayuni kat Bandar Baru Bangi. Memang jauh sket dari KL tapi saja2 je sebab Ayah faham jugak jalan sana sebab dulu Ayah pernah study di sana. Mama teruja jugak jalan2 sana sebab jumpa kedai Mom's Little One ngan 1 lagi apa tah namanya, kedai barang baby jugak la, Mom's Dreams ke apa tah. Yela, selalu beli on9 je kan, ni leh jumpa kedai dia. Memandangkan takde apa nak beli, maka takde la singgah walaupun teringin jugak nak cuci2 mata kan. hihi.

Kami makan di Yankee's Hut. Ayah cakap dulu dia pernah makan western dia best. Tapi masa kami pergi tu takde plak western. Aduhai, terkilannya. Order jela tomyam biasa2 je. Memang biasa pun. Tak rekemen la. Dah la gi dalam ujan selebat alam, lenjun2 kaki kain, sekali tak best lak makanan dia kan. Takpela, nak wat camne kan.

Balik tu rehat2 dan tido. Esok nak sambung jalan lagi kan. Demam Abang pun dah kurang..

dalam bilik hotel sebelum meneruskan percutian

dua orang budak ceria dah ready nak jalan2

Esok pagi semua ceria. Siap2 nak keluar sambung jalan. Arini semua pakai kuning. O ye, lupa, semalam semua pakai biru. hihi. 
  
Ahmad Iman Bunyamin

Ahmad Iman Bukhari

Hotel Ayuni ni boleh la jugak Mama rekemen. Ikutkan harga dia RM128 tapi aritu ada offer katanya, dapat la RM100. Bilik kami tu ada 1 katil kelamin dan 1 katil bujang. Ok la tu untuk kami 4 beranak kan. Ada towel 2 helai, sejadah, hanger. Water heater dan minuman segera takde ye. Sila beli sendiri. hihi.

tengok Adik,
sampai sudah tak duk diam

Mula2 sekali kami gi sarapan dulu. Abang siap order murtabak dengan nasi lemak lagi. Over tau si Abang. Tapi dia makan nasi lemak je sebab murtabak Ayah suh bungkus je. Tapi Abang ni terlebih rajin, pas makan dia lap meja, sekali dengan baju Mama habis dia lap. Aduhai, habis baju Mama kena sambal nasi lemak Abang.

Pas makan kami ke stesen komuter UKM. Nak bawak Abang dan Adik naik tren. Beli tiket ke KL Sentral. Eh, KL Sentral tu tersimpan banyak memori. Dulu2 kan Mama study kat sini. hihi.

sementara tunggu Ayah bersihkan Adik yang uk uk

Abang sangat teruja nak naik keretapi. Masa beli tiket, tren dah sampai so terlepas la kan. Kami kena tunggu untuk tren seterusnya. Masa tunggu tu Abang tak henti2 cakap nak naik tren, teruja sangat. ;)

menunggu tren tiba dengan penuh keterujaan



Adik dah mula mengantuk sebab memang waktu tidur dia kan. Terpaksa la Ayah pujuk2 kan. hihi.


Masa naik tren tu, bertambah lagi la teruja si Abang. Tengok sana sini. Adik pun hilang mengantuknya. Tapi 1 je insiden tak best berlaku, Ayah kena tegur sebab naik koc wanita. Yela, mana la kami tau koc tu hanya untuk wanita sahaja. Sebenarnya Mama memang pernah terbaca dalam internet pasal koc wanita tu tapi Mama ingat kesemua koc tu untuk wanita rupanya 2 koc sahaja khas untuk wanita. Pastu yang Mama tau koc tu warna pink, rupanya label dia saja warna pink.

Kesian Ayah, mesti malu tapi terpaksa la menahan sementara nak sampai. Kami dah berkira2 nak turun naik tren lain (sebab kan Mama ingat kesemua koc untuk wanita kan) tapi akhirnya stay jela kat situ wat tak reti jela. 


Anak2 teruja. Tapi dah lama sikit mula la mengantuk. Mama memang dah siapkan susu Abang. Tapi Abang taknak susu. Cuma makin lama makin penat bercakap kot. hihi. Mama hanya susukan Adik saja. Kan koc wanita so tak segan sangat kot nak menyusukan Adik. Adik tertidur masa menyusu. Bagus jugak, biar dia cas sket bateri dia kan. Walaupun kejap. hihi.

bestnya naik tren


Kat KL Sentral tak lama pun. Turun tren, naik atas, pusing2 kejap, tengok semua masih sama macam kali terakhir Mama ke sana 6 tahun lepas. Tak berubah apa2 pun rasanya. KFC masih di situ, kedai buku masih ada, kedai jual asam jeruk pun masih di tempat yang sama, hihi.

Pastu kami turun bawah balik, tunggu tren. Kali ni dah tau la kan mana koc wanita so tak naik la  koc tu. Tapiiiiii.... dah naik tren umum ni, aduhai.. ramainya lelaki! Yela, lelaki takleh masuk koc wanita, tapi wanita leh masuk koc umum, mana tak penuh koc umum tu dengan lelaki.

Seb bek la bawak anak kecik, dan seb bek la kesedaran sivik itu tinggi, maka bila masuk2 je terus diberi tempat untuk duduk. Aduhai.. syukur. Masa tu Bunyamin masih tidur. Dengan Ayah2 sekali diberi tempat duduk sebab dukung Abang kan. Ayah segan nak duduk, bagi Abang sorang je duduk. Tapi last2 siapa pun tanak duduk kat tempat kosong sebelah Abang, Ayah jugak la yang duduk. hihi.

Sampai di stesen UKM, kami turun dan terus ke kereta. Abang dah tak larat jalan, yela Abang kan masih demam walau dah tak panas sangat kan. Mama dukung Abang, Ayah dukung Adik. Masa ni Adik dah bangun dah.

Kami meneruskan perjalanan ke Pusat Sains Negara. GPS jugak la yang membantu kan. Ingatkan tak sempat datang dah sebab kan plan asal sehari je gi KL ni kan, akhirnya sampai jugak kan.



Masa masuk dalam pameran dinosour tu, takleh amik gambar. So takde la gambar dalam tu. Tapi memang kelakar habis, sebab suasananya samar2, pastu dinosour tu pulak memang nampak real gile kan. Siap sound efek bagai, memang menyeramkan. 

Abang kan duk dalam stroller, punya la takut sampai mengesot ke hujung tempat duduk stroller tu dah. Nyaris2 nak jatuh ke belakang dah. Mula2 Adik pun duk dalam stroller, tapi nak bagi Adik nampak jelas sket maka Ayah dukung la Adik. Adik tak takut. Lagi lawak, bukan Abang je takut, Mama pun ala2 seram jugak la. hihi. Ape la... Ayah gelakkan je Mama. Ala, mula2 je pastu Mama tak takut dah. *ceh, nak menang jugak tu*

Adik seronok dilepaskan

Kat Pusat Sains Negara kan banyak alatan sains yang boleh diuji kan? Kalau dalam bahasa pasar kita cakap 'boleh main' la. Seronok la kan. Tapi memandangkan dah ada anak, kena la cut2 sket masa kan. Adik seperti biasa, turunkan je dia kat bawah, terus jalan sana sini. Lagi orang kejar lagi dia laju2 jalan. Amboi..

Dah penat melawat2, bagi anak2 main puas2 kat taman mainan bawah tu. Macam2 mainan cute2 ada kat situ. Sekali lagi teruja si anak2.

amboi Adik, lapar ke tu?

little sailors



Ayah duduk je kat luar tu. Mama je layan anak2. Eh, seronok la budak2 main kat sini kan. Selain ada banyak mainan, tak ramai orang, pastu ada macam tembok penghadang. Jadi mak ayah tak risau la anak2 merayau ke lain kan. Senang dan best sangat.




Bunyamin seronok main macam2. Pastu Mama lak lepas je dia main. Biasa kalau kat Perak tu, kalau bawak gi tempat main, Mama kontrol kan. Ni Mama biar je so dia seronok la gi sana gi sini. Nak test kaki pun sama kan. hihi.





Dah penat2 main, jom la kita balik kan. Dah Ayah lak nak gi tandas, so sementara tunggu Ayah tu, kami melawat2 lagi sekitar2 tu. Ada pulak cermin ajaib kan. Dia leh gemukkan, leh pendekkan, leh lonjongkan.

ini kami yang pendek

ini kami yang normal ;)

Gambar dengan cermin tak banyak sebab susah nak bergambar dengan anak2. Lari sana sini. Tu sebab gambar blur, snap cepat2.

sementara tunggu Ayah ambil kereta

Pastu kami pun bertolak balik Perak. Dah takde ke mana2 lagi walaupun hari masih awal lagi. Makan tengahari di KFC Restoran Jejantas Sungai Buloh. Pastu solat Zohor dan mandikan anak2 juga di situ. Senang dah mandikan, nanti baru anak2 selesa nak tidur dalam perjalanan.

muka kepenatan
dah ready nak titon on d way balik umah


Sebelum meneruskan perjalanan, pastikan susu Abang dah bancuh, tempat duduk selesa, sebab perjalanan jauh kan. Terasa jauh sebab dah lama tak ke KL kan. Kalau dulu perjalanan Taiping-KL tu biasa je kan. hihi. Kami sampai rumah petang. 


sementara tunggu Ayah solat
sempat main ipad lagi

O ye, lupa cerita. Mama bawak ipad anak2 (mainan je). Nasib baik jugak Mama bawak, sebab boleh hilangkan bosan anak2 masa dalam kereta kan. Bila anak2 ralit main tu, leh la Mama rehat jap kan. Agenda tersembunyi tu. hihi..

Percutian kali ni memang best. Walaupun simple saja sebab takde plan beria2 pastu aci redah jela mana2 rasa nak pegi, tapi best dan sangat bermakna bagi Mama sebab dapat luangkan masa bersama keluarga. Pastu pegi pulak memang family kami saja kan. Selalu kalau jalan mesti dengan family besar sama ada dengan family sebelah Mama or sebelah Ayah.

Bila berempat saja, sukati kami la nak ke mana, nak tido mana, nak makan apa kan. Best sangat lah rasanya. Dalam entri ni Mama asyik sebut perkataan 'teruja' kan. Bukan sekadar cakap je, memang anak2 sangat teruja dan seronok la jalan2 kali ni kan. Nanti kalau ada rezeki nak bercuti berempat lagi. Ke mana pula ya?

Yang Ini Pun Best



2 comments:

Imaan09 said... [Reply to comment]

comelnyaaa..sedondon gitu

mamaiman said... [Reply to comment]

hihi.. mmg suka sedondon..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥