Sudah lama berhajat di dalam hati nak buat entri pasal cooler bag ini. Namun ia tersimpan diam2 di dalam hati saja dek kerana kesibukan dan akhirnya langsung lupa. Tadi godek2 folder breastfeeding journey, terjumpa gambar ini baru la teringat kembali niat di hati. haha.
Saja nak sharing dan review sikit pasal cooler bag. Masa zaman menyusukan Abang Iman dulu, Mama hanya guna cooler bag dan icepack Medela, yang dapat sekali dengan pam tu. Masa tu dah perasan icepack nya tak tahan lama bekunya, juga cooler bagnya pun cam tak memuaskan hati jugak sebab kecik, hanya muat isi botol saja. Masa tu mana ada group ibu2 menyusukan cam sekarang ni. Ada 1stop centre if nak bertanya sebarang kemusykilan. Masa tu yang Mama tau forum susuibu.com saja. Memang banyak info dalam tu tapi memerlukan masa yang banyak untuk godek satu persatu. Tapi memang itulah satu2nya sumber rujukan Mama masa tu. Thanks to susuibu.com!
Masa zaman menyusukan Bunyamin ni, syukurlah segalanya lebih mudah dan pantas. Banyak info dan kemusykilan terjawab dengan segera. Selain daripada itu, Mama dah jumpa 1stop centre yang jual produk penyusuan dan barangan baby dengan harga yang murah dari pasaran. Sekarang ni nak beli pape berkaitan penyusuan, hanya klik e-mumshop.com.
RM23.00
Berbalik cerita cooler bag tadi. O ye, cooler bag ni hanya digunakan untuk bawa ebm ke rumah Opah pengasuh sahaja. Di sekolah Mama guna cooler bag lain yang lebih besar.
Mula2 Mama guna cooler bag brand Jingle Jungle. Serius comel ok. Kecik molek je begnya. Tapi ianya boleh memuatkan 2 icepack Mom's Little One bersama 6 biji botol. Tapi Mama biasanya letak 4-5 biji botol sahaja memandangkan Bunyamin minum tak banyak.
Cuma kalau ada masa2 kena berkursus sampai ke petang, baru la letak 6 biji botol. Tak pernah lebih walau Mama terpaksa ambil Bunyamin jam 6.00 petang.
Mula2 masuk kerja dulu, Mama labelkan botol tu ikut turutan menggunakan masking tape sahaja. Pastu cam remeh la pulak nak tulis satu2 SETIAP PAGI. Kebetulan jumpa idea kawan KIM (Kumpulan Ibu Menyusu) yang guna penyepit comel bernombor.
Isk, mula la teringin tapi taktau nak beli mana. Tiba2 terjumpa sepit comel2 kat kedai buku, terus beli, potong2 felt paper bentuk nombor dan tampal. Puas hati sungguh dah masa tu.
Sampai la tak lama pastu jumpa lak penyepit comel siap bernombor sebijik macam kawan KIM punya tu, lalu beli dan kekal menggunakannya sehingga ke hari ini. ;) O ye, Mama beli kat kedai DIY. Rasanya banyak kedai DIY seluruh Malaysia kan. Bolehlah gi cari ye. Sepeket tu (nombor 0-9) hanya RM2.50 je. Murah dan berbaloi beli.
Cara Mama sepit, Mama sepit kat getah belacan tu dulu, pastu kalungkan kat leher botol. Memudahkan Opah pengasuh masa nak panaskan ebm. Tak perlu la nak telek2 tarikh pulak kan. Ini adalah berdasarkan pengalaman masa Abang Iman dulu, bagi pengasuh dia yang lama tu dengan ebm berlabel tarikh sahaja, tiap2 hari dia panaskan tak ikut susunan tarikh. Mesti terkemudian atau terdahulu. Masa tu memang tak timbul idea numbering camni lagi. Tula, pengalaman mendewasakan bukan?
RM17.50
Lama juga Mama guna beg Jingle Jungle tu. Puas hati memakainya sebab ianya comel. Sangat comel. Tapi nama pun guna lama dan lasak juga penggunaannya. Bahagian luarnya sudah bertahi lalat. Takpe la jugak tu, dah zip pulak sangkut2 dan kain bahagian dalam area2 zip tu pulak dah terkoyak2. Maka kena la cari pengganti.
Survey punya survey, berkenan dengan brand Jingle Jungle jugak tapi yang jenis bukaan atas, bukan bukaan depan macam yang lama punya. Tapi takde stok pulak. Takpe la, tunggu la dalam 2 minggu. Bila dah ada stok, tup2 ada pulak brand Autumnz yang wallaweh cunnya. Aduhai..
Mula fenin, tanya2, survey2.. last2 ambik Autumnz ni. Sama jugak bentuk macam Jingle Jungle yang Mama berkenan tu cuma ianya bercorak, lebih menarik la kononnya. haha.
Rasanya dah 2 bulan kot pakai cooler bag Autumnz ni. Alhamdulillah sangat menepati citarasa. Best la rasanya pakai cooler bag ni. Sama macam masa guna yang lama. Ianya comel. Cuma nak susun ebm tu terpaksa senget2 sikit la, tak macam yang lama tu tersusun elok je. Yela, beg ni kan tirus sikit bahagian bawahnya, tu yang senget2 sikit. Tapi tetap boleh memuatkan 2 ice pack Mom's Little One dan 6 biji botol. Sumbat2 sket la. Mama suka je sumbat2 ni sebab kemas sesama sendiri. Kalau ada ruang2 lompong risau tunggang terbalik sementara nak masuk dalam peti ais Opah pulak.
O ye, Mama sengaja cari cooler bag yang comel2 semuanya untuk isi ebm ke rumah Opah, sebab Opah akan masukkan cooler bag ni dalam peti ais dia. Kalau besar2, risau menyusahkan dia pulak nak simpan barang dalam peti ais dah tak muat. hihi. Dah pesan, tak perlu masuk dalam peti ais pun takpe sebab dah ada ais dalam beg ni, tapi mungkin Opah tak puas hati kot, lalu tetap nak masukkan beg tu dalam peti ais.
Masa mula2 hantar Bunyamin dulu, Mama tolong keluarkan ebm dan susun elok2 dalam peti aisnya. Lama2 Mama agak Opah dah biasa handle ebm, Mama just bagi je beg tu, Opah terus masukkan dengan beg2 sekali. hihi.
Mom's Little One (front)
RM58.00
Mom's Little One (back)
Ok, tadi tu cerita pasal cooler bag ke rumah Opah pengasuh, yang ni nak cerita pasal cooler bag yang digunakan masa kat sekolah pulak. Sebenarnya dah cerita dalam entri aneka beg ke sekolah aritu, tapi takpe la, kita ulang tayang cerita ni boleh? hihi.
Beg ke sekolah ni besar sikit sebab nak memuatkan corong pam dan botol sekali. Biasanya Mama akan mengepam 2-3 kali sepanjang berada di sekolah. Selepas sesi pertama, Mama tak basuh corong pam, hanya masukkan dalam bahagian berisi ice pack bersama hasil perahan sesi pertama. Untuk sesi seterusnya terus guna je corong pam yang sama.
Insya-Allah bersih dan selamat sebab bakteria tak aktif dalam suhu sejuk kan? Eh, betulkan jika Mama salah ye. Idea ni pun berdasarkan perkongsian pengalaman kawan2 seangkatan juga. Nak basuh jauh nak gi tandas, pastu nak kena tunggu kering lagi, remeh kan. Cara mudah dan selamat ada, kita praktikkan jela kan. ;)
compartment A
Cooler bag ni brand Mom's Little One (MLO). Ianya melengkapkan koleksi MLO Mama. Dari botol simpanan susu, ice pack dan kini cooler bag, semuanya MLO. Berkenan dengan MLO ni sebab ianya ada 2 compartment. Compartment A Mama isi 3 ice pack bersama 2 biji botol. Macam gambar kat atas tu.
compartment B
Compartment B Mama letak corong pam bersama 2 biji botol juga. Bila nak mengepam, Mama akan gunakan botol dalam compartment B dulu sebab ianya kering. Botol yang dalam compartment A tu kan berwap sebab sejuk, maka Mama akan pindahkan botol2 itu ke compartment B, corong yang dah guna tu pulak masuk compartment A. Kira tukar bilik la dorang ni. hihi.
Bila nak mengepam lagi, Mama hanya perlu gunakan balik corong yang sejuk tadi bersama 2 botol kosong yang tadinya berwap tapi kini dah kering. hihi. Faham kan penerangan Mama ni?
Ok, rasanya itu jela review cooler bag yang Mama pakai. Masa mula2 dulu pernah pakai cooler bag Autumnz untuk ke sekolah tapi tak muat nak isi segala bendalah, lalu bertukar kepada MLO. Cooler bag Autumnz tu sekarang duk dalam stor, pakai kadang2 masa nak berjalan2. Sayang sangat nak letgo walau ramai jugak yang bertanya2. hihi.
Sekadar perkongsian pengalaman...
8 comments:
assalam sis..
sy dh lama jd follower n silent reader blog akak ni..hihi..trima kaseh bnyk2 sbb sy jadik makin bsemangat nk bf kan ank.. =)
salam sis,,
suka sgt baca review2 pasal bf kat sini..tq sesangat share..sgt berguna utk sy yg xsampai lg 3 bulan nak jadi ibu..insyaAllah =)
thanks to sis melankolia dan Riana..
sharing is caring n loving rite?
keep on following ye.. thanks a lot.. ;)
Salam mamaiman, saya nak tanya kat mana mamaiman beli cooler bag MLO yg harga rm58? Saya puas mencari hrga murah. Waktu mamaiman beli cooler bag tu, dpt sekali dgn ice pad n storage bottol ka?
assalamualaikum..sy mohon copy gambar sis sbb nk tny org kat mana nak beli nombor2 mcm sis tu ..
Banyak juga ya sis experience guna cooler bag. Sy experience 3 brand. Jingle junhle, moms little one n eve love. Eve love paling tahan lasak sekali. Ais dia leh tahan smp 12 jam then baru cair habis
Banyak juga ya sis experience guna cooler bag. Sy experience 3 brand. Jingle junhle, moms little one n eve love. Eve love paling tahan lasak sekali. Ais dia leh tahan smp 12 jam then baru cair habis
sis pernah guna cooler bag gabag?
Post a Comment