tersimpan air putih suci
sebagai tanda kasih
untukmu anak yang jauh dari sisi
Disitu tersimpan erti tabahku
terik mentari membakar kulit
tak kubiar ia jatuh kebumi walau setitis
kerana anugerah itu hanya untukmu
siapa kata aku tak rindu
siapa kata sayangku lelah
siapa kata tangismu tak kudengr
siapa kata ku tak mimpi riangmu
Di sebalik celoreng itu,
kusimpan sabar untukmu
disaat senjata ditangan
seakan kau hadir dalam rahimku
memberiku semangat untuk tegar
di bawah terik di atas lumpur
Di sebalik box itu,
tersimpan sejuta kasih yang sukar dirungkai
walau harganya bukan wang ringgit
tapi tiap titisannya adalah jiwa
kusimpan rapi sebagai erti kasih
kerana cinta ku setinggi gunung
hampir lupa erti malu
mengendong box putih kesana sini
demi anakku tercinta
disebalik Box Putih,
Jika aku tak malu membawanya
jika aku tahan mengangkatnya
jika aku sabar menjaganya
jika aku setia menyimpannya
jika aku jujur memerahnya
jika aku tabah menjaganya
jika aku syukur mendapatnya
semua itu hanya keranamu anakku
Disebalik Box Putih itu
hanya aku dan Tuhan yang mengetahui
setiap helaian urat kecil
dalam hatiku mengalir
rasa cintaku pada mu melebihi segalanya
Nukilan Amir Shah Noor Ahmad, 11/05/2012
istimewa buat semua ibu2 menyusu..
kredit to Sis Sue
2 comments:
besnyaaa baca.. sebak pun ada.. terasa diri sama2 seorang pejuang!
ye, mmg sebak..
Post a Comment