♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, August 12, 2012

Cerita Ahad Dengan Anak-Anak

Pagi tadi baru nak masuk suapan kedua bersahur, tiba2 gelap gulita umah. Sekali black out daa.. Aduhai.. Seb bek jugak ari cuti kan. Tapi tak best la kan gelap2 gitu.

Teraba2 la cari lilin dan yang sewaktu dengannya. Pastu time tu jugak la si kecik Bunyamin tu nangis meraung2. Agaknya terkejut gelap gulita kot. Aisey, kelam kabut Mama basuh tangan pastu susukan dia. Dah la dia takleh tido lak dah. Mungkin sebab panas.

Mama bangun ambik kipas tangan. Nasib baik la memang dah ready siap2 atas almari Iman kot2 nak guna senang capai je. Dan nasib baik jugak masih tak hilang ingatan letak di mana. hihi. Kalau tak mungkin agak kelam kabut juga sebab dalam masa mencari kipas tu, Bunyamin menjerit sekuat hati dia sebab dia ingat Mama nak tinggal dia. isk, Adik Adik..

Dah tanak tido sudah la, dekat2 nak imsak Mama bangun sambung sahur tadi. Dah sibuk pulak nak pegang api. Macam2 Bunyamin ni. Setel makan ala kadar, minum2 apa semua, cuba tidurkan Bunyamin balik. 

Sekali Abang lak bangun pastu tido atas tangan Adik. Langsunggggg tak tido dah la. Ok fine, tanak tido sudah. Main jela anak2 oi. Jap gi siang sket siap la kamu berdua. haha.

Pastu Mama bangun mandi dan solat Subuh. Baring2 dengan anak2. Abang apa lagi, tengok kartun jela request nya hari2. Ok tengok la. Walau bosan kena la layankan jugek.

Lebih kurang jam 8.20 pagi camtu, Mama masak bubur nasik untuk anak2. Anak2 suka bubur nasik taruk ikan bilis, telur ngan kentang. Kadang2 masuk brocoli kalau ada, kadang2 masuk carot. Ikut keadaan bahan apa yang ada.

Abang request nak megi. Tapi Mama buat syarat kena makan nasik bagi habis dulu baru Mama masak megi. Abang pun makan nasik dengan terpaksa. haha. Sebenarnya Abang suka je bubur nasik tu, tapi disebabkan dia gatal tangan buka almari lauk, ternampak la pulak si megi tu, maka terus napsu makan dia hanya kat megi jela.

Tapi bila dah makan nasik, konpom la kenyang kan. haha #gelak jahat. Pastu Mama cakap mandi dulu, minum susu pastu tidur. Tengahari baru Mama masak megi. Abang pun dengan mulut muncung terpaksa ikut. haha.

Mandi sama2. Abang suka mandi dalam bath tab yang dipanggilnya kolam. Sementara nak siapkan Adik, Abang masih berendam dalam tu. Tak lama pun, pastu Mama siapkan Abang pulak. Ada dua anak cenggini la, kena la pandai bahagikan masa untuk dua2. Kena la ada strategi kan. haha. Eh, tapi Ayah tak reti mandikan dua2 sekaligus. haha #gelak jahat lagi.

Siap2 lawa2, wangi2, pastu Mama buatkan susu panas untuk Abang. Masukkan Abang dalam buai dan susukan Adik. Amboi budak kecik tu, sekarang bukan main lagi, susah sangat nak dakap dia tido kalau tak bebetul ngantuk. Dah menyusu tu, sibuk bangun2 lagi nak main padahal mata ngantuk. Kan bangun kul 5 pagi tadi kan. Akhirnya masukkan Adik dalam buai, hah kejap je lena.

Dah tido dua2 baru la Mama sibuk buat kerja Mama. Kebetulan ramai pulak beli cloth diapers dengan Mama. So sibuk packing cd la sementara askar2 tido. Belum siap packing lagi tapi dah siap asing2 dalam plastik ikut owner. Malam ni la pulak sambung sebab nak pos esok cadangnya. Ni clearance sale je ni. Hold biz dulu wat masa ni. Tumpu pada kerjaya dan family dulu. Nanti tenang2 kita continue biz balik. hihi. 

Kalau nak tengok cloth diapers semurah RM17 boleh KLIK SINI ye.

Pastu bila bangun, dua2 serentak bangun. Aduhai. Tapi takpe, keje Mama yang susah2 dah setel iaitu mengemas stor. hihi. Kalau budak berdua tu bangun, memang bercinta la nak mengemas stor tu. Kang letih sebab jerit je lebih. hihi.

Mengotakan janji, pas bangun tidur Mama masakkan megi untuk Abang. Letak air banyakkkkk, dan perencahnya sikiiiiittttt je. Pastu bila dah masak Mama cedok guna penyepit, air tak amik, hanya megi je. Buat syarat je kan. Seronot tak terkira si Abang. Lama dah rasanya tak makan megi kot. 

Mama cakap kat Abang gi makan atas meja sebab tanak bagi Adik nampak. Kang dia nampak mesti dia nak. Mama suapkan bubur nasik pagi tadi kat Adik. Tapi mungkin Adik masih kenyang lalu minum lebih banyak dari makan. Tiba2 Abang bawak mangkuk megi dia suruh Mama tiup sebab panas sangat katanya. Aisey, langsung Adik nampak lalu Adik nak. Ni nasik dia ni konpem dah tanak.

Tapi Mama tak bagi pun megi tu kat Adik. Terus bagi air, bukak baju yang dah basah lenjun tu (kes nak minum air pegang cawan sendiri), mandi sesi tengahari. Musim panas2 ni Mama mandikan anak2 3 kali sehari masa cuti. Masa ari kerja tengok keadaan. Kalau balik awal Mama mandikan tengahari, kalau tak biasanya tunggu petang sket baru mandikan.

Abang pun mandi sama untuk kali kedua. Selesai mandi, dah takde aktiviti melainkan main mainan sedia ada ngan tengok tv. Nak keluar, Ayah tak bangun2 tido. Duk jela rumah anak2 oi. Pastu Adik tido balik. Abang sambung menyepahkan rumah. Mama pun amik masa lelapkan mata kejap pas solat Zohor.

Sekarang Ayah ngan Abang keluar teman kawan Ayah beli baju melayu. Melampau dia tu tau, kawan ajak laju je bangun tido. Mama ni dari pagi kejut, kalau Ayah bangun boleh la plan gi mana2. Nan ado dia nak bangun. Takpela, Ayah penat. Nanti kita gi shopping dengan Mak Njang jela anak2...

Dah nak dekat raya. Tapi persiapan kami biasa2 saja. Takde makna nak tukar sofa ke langsir ke, kita pakai je yang sedia ada sebab bukan nak beraya di rumah ni pun. haha. Kesian. Yela, rumah orang je pun. Kalau ada rumah sendiri semangat dia lain macam sket la kot kan.

Ok la, tu je cerita hari Ahad ni. Bosan, takde benda nak cerita lalu merepek jela. hihi.


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥