♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, August 14, 2012

Perginya Di Bulan Mulia

Jam 4.00 pagi, sedang enak dibuai mimpi, tiba2 telefon bunyi. Missed call, tak sempat jawab. Tengok2 dah banyak kali Tok Mama, Tok Abah dan Mak Njang kol. Telefon semula. Hati dah debar2 sebab pasti ada kecemasan kalau dapat panggilan seawal itu.

Rupanya Pak Ngah Mama, adinda Tok Abah sudah pergi mengadap Penciptanya. Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Tok Abah, Tok Mama dan Mak Njang bersahur awal, pastu nak gerak terus ke Bidor, kampung Tok Abah. Bincang punya bincang, kami sepakat Tok Abah pergi dulu, kami menyusul kemudian sebab nak bawa keluarga di Bidor ke KL. O ye, jenazah masa tu masih di hospital Selayang. Arwah memang menetap di sana.

Walau Tok Abah suruh kami gerak kemudian, Mama dah tak boleh tidur. Terkejut pun ye sebab setau Mama arwah memang tak sakit teruk kecuali ada asma sikit.

Jam 5.00 dapat kol lagi, Tok Abah cakap nak amik kami sebab keluarga di Bidor gerak dulu naik kereta sendiri. Apa lagi, melompat la Mama sebab Mama belum bersiap apa2. Dengan nak sahur lagi, nak packing baju dan keperluan anak2 lagi, nak mandi lagi. Rasa nak buat semua benda dalam satu masa sebab masa tu Tok Abah dah dalam perjalanan, dan rumah kami dengan rumah Tok Abah adalah secoet je dekatnya.

Baru tengah pilih2 baju anak2 yang nak dibawa, Tok Abah dah bagi salam. Nasib baik ada Mak Njang, boleh la tolong packing. Mama just amik dan longgokkan, Mak Njang la lipat2 masuk dalam beg apa semua.

Sahur pun ala kadar sebab Ayah dah bagi signal jangan bagi Tok Abah tunggu lama. Yela, memahami perasaan Tok Abah yang pastinya nak cepat2 ziarah adindanya. Ini adalah kematian pertama di kalangan adik-beradik Tok Abah. Macam Tok Mama, dah 2 orang adindanya meninggal. Pasti Tok Abah sedih.

Kami solat Subuh di surau tol Jelapang. Anak2 masa tu dah bangun. Mulanya nak tukar pampes je tapi memikirkan nak kena berenti mandi la apa lagi pasni, maka terus je mandikan anak2 kat situ je. Senang pasni takyah singgah2 lagi.

Kami sampai lebih kurang jam 9.30 pagi. Terus ke masjid tempat jenazah akan diuruskan. Masa kami sampai jenazah pun baru sampai, dan sedang siap2 untuk dimandikan dan dikafankan. Ramai sanak saudara dan sahabat handai menunggu di luar bilik pengurusan jenazah.

Siap semua, tiba masa melihat dan mengucup jenazah untuk kali terakhir. Suasana pilu menyelubungi. Tok Abah pun dilihat sukar menahan airmatanya. Sangat pilu. Tapi isteri arwah tenang sahaja. Sungguh tabah. Dapatkah Mama setabah itu jika berada di tempatnya? Mungkin isterinya tak terkilan dan puas hati sebab di saat2 terakhir arwah, beliau ada di sisi arwah.

Selesai solat jenazah, kami ikut ke tanah perkuburan. Walaupun anak2 sudah resah gelisah, kami tunggu hingga selesai semua urusan. Kami solat di rumah arwah. Anak2 juga dimandikan dan disiapkan di situ. Nasib baiklah ada Mak Njang. Ada jugak la yang membantu Mama.

Lebih kurang jam 3.30 petang kami bertolak balik. Jam 6.00 petang kol kedai makan feveret, order makanan, singgah ambik dan berbuka puasa di rumah Tok Abah. Selesai Maghrib, mandikan anak2 dan Tok Abah hantar kami ke rumah.

Pak Ngah Mama, perginya sungguh mudah. Takde sakit teruk2, lama2. Tengah malam tu masih sempat ke kedai makan, bersahur. Balik dari kedai tu, rasa sesak nafas, pergi klinik swasta nak keluarkan kahak. Balik rumah masih tak ok. Arwah minta bawa ke hospital. Dalam perjalanan itulah arwah semakin tenat dan akhirnya menghambuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan isterinya.

Arwah sudah bersahur, sudah berniat untuk berpuasa keesokan harinya, tapi tak berkesempatan berbuka. Berpuasalah arwah hingga kiamat. Moga rohnya dicucuri rahmat, berada di kalangan orang beriman.

Sungguh ajal tak mengenal usia, tak mengira masa. Bersediakan kita?

Yang Ini Pun Best



2 comments:

Imaan09 said... [Reply to comment]

innalillahh..takziah sis

mamaiman said... [Reply to comment]

tq sis..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥