♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, August 22, 2012

Cerita Syawal 2012

1 Syawal tiba lagi. Lega terasa sebab dah berjaya tunaikan amanah. Dapat menunaikan ibadah berpuasa lagi tahun ini. Ramadhan, moga kita ketemu lagi ya tahun hadapan.

Kami beraya di rumah Tok Abah dan Tok Mama. Kami berbuka di sana. Masa kami sampai, semua dah kat meja makan. Dah masuk waktu berbuka pun. Seronok makan ramai2, rebut2.

Malam tu Bunyamin tidur lewat sangat. Kul 1.00 lebih. Sibuk main dengan Kakak Aisyah. Tahun ni family Abang Dan beraya di sini. Meriah dan gamatlah rumah Tok Abah. Iman memang tak tahan mata dah. Kul 11.00 camtu dah tidur.

Pagi Syawal, Mama dan anak2 tak ke surau pun. Camne nak pergi dengan anak kecil2 gini kan. Semua orang ke surau. Tinggal kami anak beranak. Maka operasi gedix2 bergambar pun dijalankan. hihi.

Ahmad Iman Bukhari


Ahmad Iman Bunyamin

Bunyamin meragam betul raya kali ni. Tak boleh Mama hilang dari mata langsung. Menangis macam sakit2 gayanya. Bila pakai baju melayu, mungkin Bunyamin tak selesa. Bagi lak pakai kopiah, lagi la mengamuk dia. hihi.



Tengok gambar kat atas. Bunyamin masih meragam. Sebenarnya dia mengantuk pun sama sebab malam tadi kan tidur lewat pastu dah tidur tu tiba2 terjaga sebab Abang menangis kuat, pastu dia pun ikut nangis kuat2 serba tak kena. Tak puas tidur, bangun awal pulak. Mana la tak meragam pagi2 raya kan.

Tapi Abang Iman abang yang baik sangat. Abang pujuk2 Adik. Bagi Adik keropok sebab nak bagi Adik diam. hihi. Comel sangat rasanya.



Amboi, dapat kepok terus senyap ye. hihi. Nasib baik Abang pandai pujuk. Sebenarnya si Adik ni kalau dapat nenen dia tu ok je. Tapi masa ni Mama over nak bergambar bagai, mana tak meragam dia. hihi.




Hanya gambar anak2 je dulu sebab masa ni Mama belum siap pun lagi. Belum pakai baju raya. haha. Entahlah, raya tahun ni Mama tak beria sangat macam tahun2 sudah. Kuih pun belum masuk dalam bekas, rumah tak kemas beria, baju nak bermalam di rumah Tok Abah packing jam 4.00 petang hari terakhir Ramadhan, pas mandi raya tak terus bersiap dengan baju raya. Eh, pelik sangat rasanya tapi tah le, takde mood ke apa taktau la.


Tak lama pastu yang lain2 balik dari surau. Mula la gamat suasana. O ye, pas bergambar dua beradik tadi, Mama tidokan Bunyamin sementara tunggu yang lain2 balik surau. Takpe la tido sekejap bagi hilang sket ngantuknya tu.

Dah siap2 semua, maka sesi makan2 lagi. Pas makan2 bersalam-salaman dan bergambar2 lagi. hihi.

Iman Bukhari bersama Adik Aqil dan Kakak Aisyah

tiba2 kuih raya.. haha

kami berempat

sekeluarga besar

bujangs

Lepas sesi bersalam dan bergambar tu, family Tok Abah balik kampung Tok Nek. Kami berempat ke rumah Nenek dulu. Beraya di sana pula. Bersalam-salaman, bermaaf-maafan, bagi duit raya, makan lontong (hidangan wajib family Nenek, biasa la Nenek orang Johor), makan lemang, makan kek, makan kuih, sampai penuh2 perut, baru kami gerak balik kampung Tok Nek pulak.


Sebelum gerak biasa la kan, kena la ready susu panas si Abang. Ingatkan nak tido la dalam kereta kan. Takde maknanya. haha. Jalan penuh kereta sana sini. Biasa la, raya.


Tengok Bunyamin, orang duduk atas kerusi, dia seronok duduk bawah. Tak larat nak melarang, tak larat asyik nak angkat naik atas dengan badan meliuk lentuk tu, last2 Mama hampar kain pelikat, ha duduk la kat situ. Bila Mama tak larang, pandai pulak sibuk nak duduk atas. Ha, tau pun.


Kami lepak rumah Tok Nek sampai petang. Makan, minum, tido, tengok tv. haha. Takde keje lain. Kami gerak dulu, dalam jam 5.00 petang. Tak singgah mana2 sebab anak2 dah tido dalam kereta. Terus balik rumah. Malam tu baru gi rumah Nenek. Tok Abah pun singgah beraya rumah besannya. Malam tu main bunga api. Tangan Adik kena bunga api tapi Mama tak cerita kat Tok Mama, nanti kena marah. hihi. Gelembung sket tapi tak teruk sangat. hihi. Kesian Adik.

Raya kedua, kami beraya di kampung Tok Abah pulak, di Bidor. Rancangan awal nak pergi dengan kereta kami sendiri, kira gi 2 kereta la. Tup tup, rupanya Abang Dan dah nak balik beraya di Kelantan pula, maka Abang Dan gi dengan keretanya, maka kami naik dengan Tok Abah la. 

Kereta banyak sangat. Tapi perjalanan lancar la. Alhamdulillah. Sampai sana, sama jugak macam di rumah Tok Nek, makan minum tengok tv. hihi. Tok Abah ada jugak pergi beraya rumah jiran sebelah tu, tapi Mama tak ikut sebab masa tu tengah susukan Bunyamin.

Makan tengahari ramai2 sangat best. Jam 6.00 petang kami gerak balik. Huuuyai, kereta atas hiway punya la banyak. Merangkak2 la kami sampai la Taiping. Abang Dan dah sampai Kelantan, kami masih dalam kereta. Orang Kelantan sampai dulu. hihi.

Raya ketiga, sebelah pagi duk rumah saja. Basuh baju yang bertimbun, kemas rumah, packing kuih (baru nak packing pada raya ke-3..haha). Tengahari dalam jam 12.30 camtu kami siap2 gi open house ofismate Ayah. Gi dengan family Nenek. Pastu gi rumah mertua Pak Long di Ipoh. Pastu gerak balik rumah.

Teringinnya nak makan laksa. Mak Njang dengan Achik Anna buat laksa. 

Mama : Jom terus gi rumah Mama (Tok Mama) la. Pastu terus gi rumah Cik Chik (jiran).
Ayah : Balik rumah dulu.
Mama : *senyap*

Sampai rumah, terus tidokan anak2. Anak2 sudah mandi di rumah Pak Long tadi. Bunyamin memang tak tido sepanjang jalan tadi. Jam 9.20 Ayah kejutkan. Sudahnya ke mana2 pun tak. Adoyai, Mama dah agak ini akan berlaku sebab tu Mama suh gi terus je. Takpe la takde rezeki nampaknya.

Hari ini raya keempat, Ayah kerja. Sebab tu ada masa update blog. hihi. Petang kang katanya ada open house. Ikutkan jela. Harap2 baju semua sempat kering. ;)

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥