Ok, tau sekarang bulan pose. Dan sedang berpuasa juga sekarang ni. hihi. Saja nak bagi telan air liur tengok gambar kek. Ni homemade besday kek Mama masa umur 26 aritu. hihi.
Eh, pandainya Mama buat kek. Takde maknanya. Kek ni hasil tangan adinda Mama, cik Dilah. Dia memang pandai buat kek sebab dia ada ambil kursus buat kek selama 6 bulan. Siap ada sijil. Sudah pasti lah pandai buat kek kan.
So sekarang ni beliau melangkah setapak lagi dengan melebarkan kebolehannya dengan mencipta kek coklat kukus segera. Ha, tang SEGERA tu yang nak dengar sangat kan. Maklum la, dah jadik mak orang, bekerjaya pulak kan. Kalau boleh semua nak segera. Kalau ada mesin basuh baju segera ke, mesin lipat kain segera ke, mesin buat air segera ke, mesin kemas rumah segera ke, mesti Mama orang pertama Q nak beli kot. kihkih. Dasar pemalas btol, pastu jadikan anak2 sebagai alasan. haha, ada ku kesah? Eh, tapi betul la, bukan jadikan anak sebagai alasan, memang betul menjaga 2 anak sendirian memang memenatkan dan semuanya nak segera2 belaka hendaknya. haha.
Ok, berbalik cerita kek tadi ye. Kalau segera tentu ramai yang berminat sebab senang lagi mudah lagi cepat ye tak. Nak lagi mudah, sekarang ni tak perlu lagi nak menapak ke kedai kek ke apa, dengan anak kecik lagi, nak cari parking lagi, masa pun kena spent kat situ je, kalo kawasan jem tu nak kena redah jem lagi, so sekarang ni order je dengan cik Dilah. Insya-Allah sampai terus ke pintu rumah anda.
Cara nak buat disediakan. So senang sangat. Ko campak2 je semua bahan, pastu kukus. Kalau nak bakar pun boleh je. Tapi kalau kukus lagi maveles rasa dia.
Ada jugak bahan2 yang anda perlu sediakan sendiri macam telur 2 biji, susu cair 125ml/setengah cawan, minyak masak 125ml/setengah cawan dan air panas 125ml/setengah cawan. Bahan2 utama seperti tepung dan koko, gula halus dan manik jurai tu disediakan dalam pek ni ye. Ha, kalo tak tau camne nak sukat 125ml tu, macam Mama, Mama sukat guna botol susu anak2. haha..
Tak mahal la. Sepeket harganya RM7 sahaja. Pos RM6. Berbaloi2 la kan. Kalau nak buat cup cake tu, dapat la dalam 25-30 cup. Banyak kan? Kalau ada anak 2 macam Mama ni, uih berlebih2 tu...
Mama yang buta buat kek ni pun pass bila buat kek segera ni, takkan la korang yang terror memasak mengalahkan masterchef ni tak boleh kan? Nama je kek segera sebab bahan2 semua dah ready ikut sukatan, tapi dia macam kek coklat kukus yang biasa jugak. Jangan risau pasal status halal sebab semua bahan sudah dipastikan status halalnya, juga jangan risau pasal bahan kimia merepek2 sebab insya-Allah selamat.
Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi :
ring ring or sms cik Dilah @ 012-5229729
pm @ fb Puteri Mannaz
2 comments:
menarik ni. part segera tu yg penting tu
yup, betul sangat2.. penting tu.. dah beli ke?
Post a Comment