♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, August 17, 2012

Tradisi Raya

Tolak arini, tinggal sehari je lagi Ramadhan akan berlalu, Syawal pula akan menjelma. Entah kan jumpa lagi Ramadhan tahun depan, entah tidak. Moga dipanjangkan usia nak jumpa lagi Ramadhan tahun depan.

Dekat2 nak raya ni, teringat tradisi raya Mama sekeluarga dulu2. Sekarang ni dah berkeluarga, tradisi raya dah tak sama. Macam Mama masih belum ada 'rentak' ketika raya. Tak tentu. Kadangkala begitu kadangkala begini.

Dulu2 masa kecik2, 2,3 ari sebelum raya dah balik kampung Tok dan Tok Yah. Baju packing sendiri. Packing untuk masa di rumah Tok dan Tok Yah, packing sekali untuk nak pakai masa raya kedua di rumah arwah Opah dan Tok.


Biasanya sehari sebelum raya, sekeluarga sibuk buat itu ini. Abah biasanya amik kontrak tetap setiap tahun membakar lemang atau kalau ada extra, kacau dodol. Dodol tak buat setiap tahun, ikut keadaan. Kadang2 dalam hujan Abah bakar lemang. Yang perempuan2 duk dapur masak rendang la ketupat la, gulai la, macam2. Yang wajib ada adalah daging masak kicap kegemaran arwah Tok Yah. Walau sesudah Tok Yah pergi, menu tu jadik menu wajib sebagai kenang-kenangan bersama arwah.

Malam tu memang riuh rendah la rumah Tok dan Tok Yah dengan hiruk pikuk cucu2. Anak menantu pun rancak berborak sakan sebab bukan selalu dapat berkumpul ramai2 kan. Yang anak2 dara kena dera iron baju. Nangis wok iron baju berhelai2. 

Esok pagi bangun mandi sunat raya, pastu solat Subuh berjemaah. Sarapan pagi sikit, pakai baju raya, gi solat sunat aidilfitri di masjid. Masa Tok Yah ada, Tok Yah la jadi imam. Seronok sangat rasanya raya masa dulu2.


gambar kami 3 beradik pompuan wajib ada setiap kali raya ;)

Dalam perjalanan balik rumah Tok, singgah rumah Tok2 Sedara. Kami jalan kaki je ramai2 ke masjid. Tak jauh sangat tapi penat jugak la jalan kaki. Tapi dah ramai2 camtu mana nak terasa penatnya kan. Best je.

Balik dari masjid kan singgah sana sini, jadi bila sampai rumah Tok memang kenyang gile la kan. haha. Penuh perut. Pas rehat2 jap, kami sekeluarga siap2 nak balik kampung Abah lak. Opah dan Tok dah takde tapi adik-beradik Abah memang wajib berkumpul di rumah pusaka pada hari raya kedua. Sampai arini tradisi itu masih dikekalkan.


Cuma kalau dulu2 kami tido sana 2,3 malam. Tapi sekarang ni tak tido, balik hari je. Dalam perjalanan nak balik kampung Abah, singgah rumah dulu hantar baju2 kotor dari rumah Tok. Pastu baru teruskan perjalanan.

Begitulah tradisi raya kami sekeluarga sampai la anak2 Abah berumahtangga. Dah berubah la tradisi itu. Tapi masih kekal dalam kenangan. Seronok masa dulu2 sebab semua adik-beradik ada. Sekarang ni memang susah sangat nak cukupkan korum adik beradik tu. 


Raya tahun ni insya-Allah semua ada. Kat rumah Abah pun masa entri ini ditulis cuma tunggu Abang Dan je lagi. Lain2 semua dah ada kecuali Ayah la sedang bekerja. hihi. Seronok raya tahun ni sebab semua ada. Tak sabar nak jumpa anak2 susuan Mama dari Melaka. Esok baru dorang sampai. Pasti makin gamatlah suasana rumah Tok Abah ni.. ;)

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥