Apabila...
- kain segunung tak berlipat
- dapur jarang berasap
- rumah jarang bersapu
- sawang bersuka ria bergantungan di siling
- habuk atas meja makin menebal
- kain baju berbasuh 2,3 hari sekali
- sampah tak dibuang ikut time lori sampah
orang biasanya akan salahkan ISTERI dan dikatakan peMALAS.
tapi bila fikir2 semula, rumah kan sama2 dihuni oleh SUAMI dan ISTERI,
maka sebaiknya sama2lah menJAGAnya bukan?
dan seharusnya tidaklah ISTERI sahaja yang dilihat SALAH dan MALAS.
wahai para SUAMI, bukan emas permata diingini isteri, bukan wang ringgit, bukan juga pangkat dan darjat, cukuplah sekadar isteri merasakan KEHADIRAN suaminya MENGIRINGI perjalanan kehidupannya BERSAMA2NYA, bukan dibiarkan SENDIRI di dalam 'rumah' yang dibina bersama tika akad diterima satu ketika dulu.
alangkah berbunga2 dan berwarna-warninya HATI jika suami SUDI bersama2 isteri menjalani arus rumahtangga, sama2 mendidik anak2. tidak mengapa walau hanya sudi menjaga anak2 sementara isteri memasak, atau sekadar memastikan rutin yang diatur isteri DIIKUTI, atau paling tidak hanya sudi menadah telinga mendengar keluh kesahnya di tempat kerja, atau sekadar memberi sedikit perhatian bilamana isteri meluahkan perasaannya, sudah cukup besar maknanya, sudah sangat2 bermakna rasanya buat si isteri.
oleh itu para SUAMI, hargailah isteri anda walau dengan sepatah ucapan 'tq', atau sekadar ciuman di dahinya.. bahagianya si isteri..
1 comments:
betul2 :D
Post a Comment