Cabaran paling besar pastilah kemeruduman susu. Sampai sekarang pun hasil tenusu sudah tidak semeriah dulu. Namun tetap kental meneruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 8 bulan lagi.
Selain daripada itu, ada juga beberapa kali berlaku tertinggal corong pam, tertinggal pam, tertinggal botol. Kalau takde salah satu part memang takleh mengepam. Biasanya bila berlaku camtu, memang tak best.
Sebenarnya sebelum tu memang la Mama dah sediakan storage bag dalam beg pam tu sebagai back up. Siap dengan getah nak ikat pe semua. Tapi yela, kan cam renyah jugak nak ikat2 la ape la. Pastu masa mengepam nak kena hati2 sebab kadang2 getah tu terlucut dan susu nyaris2 tumpah.
Macam gambar kat atas Mama ikat storage bag dengan getah kat corong freestyle. Getah dia asyik2 nak terlucut saja.
Gambar kat atas tu pulak Mama ikat storage bag guna getah jugak pada corong swing. Masa ni Mama guna swing kawan sebab freestyle hantar servis. Guna swing ni senang sikit sebab getahnya tak mudah terlucut.
Gitu la pengalaman Mama bila tertinggal botol. Buat masa ni pernah dua kali berlaku. Masa akan datang belum tau lagi la kan. Tapi dalam cooler bag tu memang sentiasa ready storage bag dan getah.
Sejak dua kes ini, Mama ready botol jugak dalam laci meja kerja. Ready juga pam manual selepas kes tertinggal pam dan terpaksa bermarmet (perah guna tangan). Hasil marmet tu ada dalam entri INI.
0 comments:
Post a Comment