♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, October 18, 2012

Isnin Selasa Rabu Terburuk Dalam Sejarah Kesihatan

Ehem.. ehem.. lamanya tak menaip dengan syorganya ni. Ni kat sekolah sementara tunggu suami datang menjemput. Aih, dah kenapa pulak kena jemput2 bagai ni? Kan drive sendiri? Hua hua. Ni nak cerita la ni.

Kisahnya Mama sangat lah sibuknya menjelang Oktober membawa ke November. Dah nak cuti sekolah ni kan sibuk la dengan macam2 benda. Kursus la, mesyorat la, tak masuk dengan taklimat lagi, pekse lagi, marking paper, key in data, bukan data pekse je, data2 lain sepanjang tahun kena key in jugak, benda berbeza2 semua nak kena key in, dah kena prepare untuk camping pulak. Cuba untuk tidak mengeluh. Kalau bukan mengeluh, ni tulis merepek panjang2 ni apa namanya? Err, luahan perasaan boleh tak? huhu..

Taknak mengeluh, sebab itu adalah tanggungjawab. Di sekolah begitulah tahap gaban kesibukannya. Di rumah lain pula ceritanya. Dengan anak2 yang dua2 sudah boleh "tolong" Mama mengemas atau menyepah, maka faham2 sendiri lah keadaan rumah itu bagaimana. Mengemas asal 'nampak tak serabut sangat; sudah dikira satu pencapaian yang bagus di kala musim sibuk melanda ini. 

Minggu Mama berkursus aritu paling teruk. Kain bertimbun. Mana tidaknya, basuh tetap basuh tapi berlipatnya tidak. Maka bertapuk2 la ia di situ menanti tuannya melipat. Aduh, kesian kamu kain. Mama cuma mampu asingkan baju Mama dengan baju anak2 saja, juga asingkan mana nak kena hanger dan mana nak kena lipat saja. Pastu tolak bakul beso tu ke tepi dan disusun elok2 (susun bakul je). Pastu cakap dengan kain 'tunggu ye, nanti cuti ku lipat dan rapikan kamu' dengan harapan kain2 itu tidak merajuk dibiar lama tidak berlipat. Harap2 wanginya masih ada. ;)


Mama sudah berkira2 tugasan dalam list yang bakal dikerjakan sehingga cuti menjelang, tak masuk lagi tugasan yang 'tiba2 menjelma'. 

Minggu pertama Oktober ~ Kursus 4 hari termasuk Sabtu.
Minggu kedua Oktober ~ Kelam kabut siapkan minit mesy, borang prestasi, key in data, siap kena gi meeting.
Minggu ketiga Oktober ~ Kelam kabut pulak preparation nak camping. Termasuk pentaksiran kssr thn 1 dan thn 2. juga pekse final.
Minggu keempat Oktober ~ kelam kabut plak marking paper exam. key in data lagi.
Minggu pertama November ~ kursus lagi.
Minggu kedua November ~ kelam kabut nak cuti. haha.

Ok, kelam kabut nak cuti tu tipu. Sebab masa tu Mama masih kelam kabut key in data. Sebab nampak macam bila kata key in data tu macam data exam final jela kan. tapi takde maknya begitu. Sebab key in data di sini bermaksud nak key in data exam, data j-QAF (prestasi solat, bacaan al-Quran, wuduk, bahasa Arab) dan juga data KSSR tahun 1 dan tahun 2. 

Ok, untuk yang blur2 sebab tak biasa dengan standard sekolah rendah sekarang, tahun 1 dan tahun 2 dah takde exam. Dorang ni dinilai sepanjang tahun. Kira sepanjang tahun akan ada pentaksrian untuk dorang dalam kelas. So guru kena la catat pastu apa ke lagi, key in data la kan. Biasa la tu. Adoi..


Dalam tak semena2, tiba2 pagi Isnin haritu Mama tak boleh jalan! Oh, ini memang dugaan hebat. Jenuh try2 pijak kaki kat lantai. Waduh, pijak je dah sakit ini kan pulak nak berdiri dan berjalan. Dalam pada sakit2 tu bangun jugak la gi mandi dan solat Subuh. Solat terpaksa duduk atas kerusi sebab rasa macam tegang sangat urat kat sebelah tumit tu.

Sebenarnya malam sebelum tido tu lagi dah terasa sakit sikit2. Cuba urut pelan2 dan sapu minyak panas tapi pagi tu sakit makin bertambah. Akhirnya terpaksa amik mc. Pas solat cuba lelapkan mata sambil menyusukan Bunyamin. Tapi sakitnya makin terasa. 

Ayah bentangkan toto dan Mama berbaring di luar. Mama tanak sebab risau anak2 terpijak kaki Mama sebab masa tu kaki memang dah tak boleh bergerak, kaku je sebab gerak sikit je sakitnya ya amat. Tapi demi menjaga hati suami yang sedaya upaya nak bagi Mama selesa, siap bentangkan toto dan sediakan comforter, maka Mama bangun jugak dan berbaring di luar. Ayah pimpin sambil mata Mama bergenang2 airmata menahan sakit.

Sepanjang hari Ayah la melayan anak2. Mandikan, tidurkan, layan kerenah nak minum la itu la ini la, suap makan. Mama memang totally collapse. Takleh bangun langsung. Cuma bila lenguh alih2 badan ke kiri ke kanan gitu jela, itu pun slow2 dan menahan sakit. :(

Nak gi klinik camne, Mama memang tak boleh jalan langsung. Bila rasa nak gi tandas, dekat setengah jam baru boleh berdiri sambil mata pejam2 tahan sakit. Terpaksa lompat2 dengan kaki kiri, kaki kanan yang sakit tu angkat dan Ayah pimpin. Masa mula2 nak bangun tu memang seksa tapi bila dah lama2 sket tu boleh tahan jugak la. Bila dah kat bilik air, terus ambil wuduk siap2 sebab jap lagi nak berwuduk pulak dah satu hal lagi nak menahan sakit.

Malam tu Ayah bawa kami ke rumah Nenek sebab Ayah ada urusan. Kebetulan jiran belakang rumah nenek, yang mana turut merupakan jiran kami jugak sebab kami kan duduk setaman dengan Nenek, pandai mengurut. Dan memang rapat jugak la dengan family Nenek. Semua orang taktau Mama sakit. nenek terkejut tengok Mama terlompat2 gitu.

Panggil Cik Yati mengurut. Mama sebenarnya takut nak urut sebab Mama pegang sendiri pun sakit sangat sangat sangat ni kan pulak nak urut kan. Memang menahan nafas dan mengeliat2 la jugak Mama masa diurut tu tapi kena la tahan sebab nak cepat sihat kan. Cik Yati kata urat bengkak dan dah kembang. Katanya Mama sakit ni bukan baru, dah lama. Erm, sebenarnya memang dah lama pun Mama sakit kaki cuma sebab ianya tak teruk jadi Mama biarkan jela.

Aritu ada jugak cari orang nak urut tapi tak jumpa. Memang tau Cik Yati pandai urut tapi segan la pulak sebab jiran rapat sangat kan. huhu. Ngade. Ni dah sakit terkedang gini nak tanak malu ke tak terpaksa la sua kaki untuk diurut oleh Cik Yati.

Syukurlah Cik Yati ni urut lembut sangat. Memang la Mama mengeliat2 badan menahan sakit masa diurut tapi cara dia urut tu lembut. Kira takde la asyik nak tekan urat yang bengkak tu kan. Masa diurut, dek kerana menahan sakit, Mama peluk kuat2 Abang Iman yang duduk di sebelah Mama. Abang pun terdiam tengok Mama sakit sebegitu rupa.

Malam tu Mama tidur di rumah Nenek sebab Ayah lambat balik. Syukurlah si manis berdua itu tidak banyak ragam di kala Mama tak sihat begini. Malam tu kurang la sikit sakitnya tapi tidur tetap tidak lena sebab masih jugak terasa berdenyut.

Subuh tu terjaga jam 6.15 pagi, tapi dalam bilik mandi ada Nenek. Nenek baru masuk mandi dan Nenek mandi memang lama. Setengah jam itu pasti. Tapi Mama bangun jugak sebab kaki dah terasa sakit macam pagi semalam. Cuba rapatkan tapak kaki ke lantai dan cuba untuk berdiri, namun asyik terduduk kembali atas katil sebab rasa darah turun ke urat yang bengkak tu dah mendatangkan sakit yang amat sangat.

Mama urut2 kaki sendiri. Cuba bangun sebab nak tengok Abang Iman tidur di mana. Malam tadi Abang tak tidur dengan Mama, mungkin tidur di ruang depan tv. Kesian Abang. 10 minit tak boleh2 jugak berdiri, last2 lompat2 la jugak. hihi. Dah macam apa je asyik terlompat2. Anak2 tengok pun eran. hihi.

Dapat tengok Abang Iman tidur dengan nyenyaknya di ruang depan tv, lega hati Mama. Terus kurang sakit di kaki. Masih cuba2 untuk berdiri, akhirnya give up sebab sejuk yang menikam menyebabkan urat macam krem. Baring jela sementara tunggu bilik air available. Bila dah dapat turn, terus mandi dan berwuduk. O ye, mandi duduk atas kerusi ye. Sebab memang tak boleh berdiri langsung.

Pas solat Subuh, Mama susukan Bunyamin sambil kaki berdenyut2 balik. Tapi terasa kurang la dari semalam kot. Semalam lagi menyucuk sakitnya. Mama terlena, dengan si kecil dan si Abang yang bangun dari depan tv dan tidur sama2 dengan Mama dalam bilik. Bila Mama sedar, si kecil sudah bangun entah bila. Tinggal Mama dengan Abang je berdua atas katil.

Jam 9.00 pagi Cik Yati datang urut lagi. Katanya urut waktu pagi sedap. Memang pun. Best je mengurut kali kedua ni walau masih jugak la mengeliat2 dan menahan nafas kan, tapi kurang sikit dah dari malam tadi. Kali ni Mama duduk atas kerusi. Dua2 kaki Cik Yati urut sebab kaki kiri tu dikhuatiri turut sakit sebab menahan beban berat badan sebab kaki kanan tak boleh berfungsi kan.


Alhamdulillah, pas mengurut tu Mama baring dan rehat, pastu sakitnya semakin kurang. Petang tu balik rumah sendiri, tak sedar kaki baru nak baik, sibuk kemas rumah yang terabur amat tu. Sampai satu tahap kaki mula sakit kembali, baru sibuk berbaring. haha. Mama ni camtu la, bila 'rasa' sihat je mula la takleh duk diam. Tambah2 kalau kat rumah sendiri. Rasanya semua isteri dan ibu camtu kot. Nampak tu nak buat, nampak ni nak buat, tanpa memikirkan keadaan badan sendiri.

Malam tu dapat tidur nyenyak sebab sakit sudah kurang. Esoknya Mama masih cuti sebab belum boleh berjalan dengan sempurna. Urut lagi untuk kali ketiga. Alhamdulillah mengurut kali ketiga ni santai sangat rasanya. Takde dah mengeliat2 macam urut kali pertama dan kedua. Sakitnya masih ada cuma masih di dalam kawalan. Cok Yati cakap urat dah lembut cuma jangan paksa perkuat sangat2. Maknanya jangan jalan dan berdiri banyak risau urat baru nak surut bengkak jadi bengkak semula. Eii, tanak...

Alhamdulillah arini (Khamis) dah boleh ke sekolah semula. Tapi Mama masih belum berani bawa kereta sebab kaki masih belum boleh dibengkokkan dengan betul lagi. Sakit masih bersisa. Lagipun Mama tanak la paksa kaki bekerja keras sebab dia baru nak baik. Ayah la yang hantar Mama gi kerja tadi. Sebab tula sekarang tengah tunggu Ayah jemput. haha.

Mama gi sekolah pakai sandal rata cap asadi tu je. Risau nak pakai kasut walau tak bertumit tapi tebal la jugak kan. Takut terpelecot ke apa satu hal pulak. Rasanya minggu ni pakai sandal dulu la kot. Sabtu Ahad ni ada perkhemahan pulak tu. Erm...

Panjangnya cerita. Tapi rasa seronok pulak ke sekolah arini sebab macam tak caye boleh jalan balik dalam masa 3 hari sebab aritu pun macam tak caye jugak Mama tak boleh jalan langsung. Sesuatu yang belum pernah berlaku dalam hidup Mama.

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah. Merasa manisnya nikmat selepas ditarik sebentar. Allahuakbar, betapa ku menagih belas ihsanMu bagi melestarikan tanggungjawabku terhadapMu jua amanahMu. Syukur dapat kembali menjalankan rutin seharian selepas berjaya 'bangun' semula. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Syukran jazilan wa baarakallahu lakum buat suami, mertua dan adik2 yang banyak membantu. Jua buat anak2 yang manis kerana memahami keperitan Mama kalian ini...

Sayang kalian semua.. ;)



Yang Ini Pun Best



1 comments:

lia said... [Reply to comment]

Ya Allah... Terasa2 sakit kaki tu d buatnyer... Semoga cpt2 sembuh n x berulang lg, InsyaAllah

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥