Makin nak cuti sekolah ni makin bertimbun kerja. Dalam fikiran kerap terfikirkan kerja2 yang masih bersisa. Nak buat itu kena buat ini.
Selain kerja, urusan rumahtangga juga turut meyelit di fikiran. Sejak sakit kaki aritu, rumah memang tunggang langgang. Yela, pengurusnya sakit kan, yang tinggal pengarah saja. Pengarah tak sama macam pengurus sebab pengurus je yang tau bendalah ni letak tang mana bendalah tu selit tang mana.
Sambung pulak dengan raya haji. Eh, lupa lak..
Salam Aidil Adha buat semua.. ;)
Tau2 jela bila raya mana la duk rumah sangat kan. Tapi bila ada masa di rumah yang sedikit tu, memang terpaksa korbankan rehat dan tidur setelkan urusan rumah. Basuh kain, sidai kain.. penuh ampaian. Dah macam kedai dobi. Yang belum berlipat jangan cakap la.
Memang tunggu cuti je ni. Tapi bila fikir balik dalam cuti pun banyak program jugak. Nak ke sana nak ke sini. Setakat ni dalam plan nak ke Perlis dan Melaka. Utara Selatan tu. Ongkos kena jimat cermat nak jenjalan cuti nanti.
Cuti ni jugak Mama ada plan yang nak taknak kena jayakan. Projek memenuhkan kembali deep freezer dengan ebm. Dah semakin susut ebm Mama dek kerana output melebihi input. Asyik keluar je, masuknya sikit.
Aritu dah beli botol dan storage bags tambahan, nak kasi up balik semangat ni. Moga2 dipermudahkan-Nya. Insya-Allah..
Juga rancangan masa cuti yang boleh dikira penting jugak ialah projek potty train si Abang. Oh, Abang sudah nak masuk 4 tahun 2013 ni. Dah bising kat telinga suh Abang diaperless. Setakat ni Mama dah berjaya train Abang poo poo di toilet. Abang pun dah pandai, bila nak poo poo dia akan bagitau, bukak pampers sendiri dan gi toilet sendiri. Cuma Mama kena on suis lampu jela sebab rumah kami ni memang romantika d amor sket. Siang malam kena on suis kalau nak masuk toilet.
Alhamdulillah.. sekarang ni Mama duk psiko Abang jela. Cakap Abang dah besar, kena pee kat toilet nanti malu dengan kawan. Masa Abang berjaya poo di toilet Mama puji dan suruh Abang bagitau kawan2 kat sekolah. Tapi Abang kan shy2 cat kat sekolahnya kan. haha.
Si Adik pulak, gigi duk 7 batang tu la pun. Masih belum petah bercakap. Duk aa aa aa jela. MAMA je Adik reti sebut. Uih, bangga Mama. haha. Kadang2 sebut jugak bah bah atau pah pah. Mungkin Tok Abah dan Opah kot. Kadang2 bang bang. Abang la tu. Tapi kadang2 jela, selalunya Adik akan sebut MAMA.
Tapi Adik faham cakap orang. Kita bagi arahan Adik akan buat. Suh salam, salam. Suh duduk, duduk. Suh gi ambik pape, dia gi ambik. Nak makan mesti tadah tangan dulu pastu duk aa aa aa baca doa, orang blom habis baca doa tapi Adik dah aminkan berkali2 dah. So sweet. ;)
Sekarang ni pandai jeles pulak dah. Biasanya tak kisah pun Abang baring sebelah Mama ke, Abang duk atas riba Mama ke apa, sekarang ni pandai dah guling2 jeles. hihi. Aritu kat Mydin dibuatnya berguling atas lantai sebab taknak orang pegang. haha. Sebenarnya masa tu Adik dah mengantuk.
Oh, cerita pasal kerenah anak2 rasa release sedikit tekanan di jiwa. ;)
1 comments:
salam aidiladha :)
Post a Comment