♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, November 16, 2012

CUTI Itu

Cuti akhir tahun sudah hampir seminggu bermula. Sebenarnya banyak plan nak buat cuti ni. Antara yang Mama letakkan dalam status WAJIB ialah :

1) potty train si abang Iman
2) penuhkan deep freezer
3) cuti2 mesia *yahoo*

Tapi kita sebagai manusia hanya merancang, ALLAH jua sebaik2 perancang. DIA lah yang menentukan segalanya. Elok2 je cuti sekolah, ari Sabtu tu abang Iman demam. Panas yang tiba2.

Berlarutan sampai Ahad, Isnin, Selasa.. on off on off sampai la hari ni (Jumaat) baru betul2 kebah. Dalam pada abang demam tu, Ayah pun turut sama berjangkit. Demam pada hari Isnin, Selasa, Rabu.. on off juga sampai hari ni baru betul2 ok dan bolehke ofis. Si adik pun sama. Nak join the club jugak. 

Yang erannya demam dorang bertiga kali ni bukan demam yang biasa2 tu. Jenis panassss garing sangat badannya. Risau Mama. 

Alhamdulillah syukur sebab Mama sudah bercuti dan dikurniakan kesihatan yang baik. Dapatlah berhempas pulas menjaga lelaki2 kesayangan yang demam serentak. Syukur juga di kala Abang demam teruk aritu si adik tak buat perangai. Ok2 je dia main sendiri, tak meragam. Bila abang dah kebah baru la dia merengek2 meragam sebab dia sambung demam abang.

Oleh kerana itu, projek potty train si abang tergendala sebentar. Plan tu cuti2 je terus nak potty train. Walau bagaimanapun, hari ni dapat jugak Mama 'warm up' sket. Pas mandi sampai ke tengahari abang adalah diaperless. Setiap setengah jam mama bawak gi toilet. Tapi waktu tidur tengahari jam 1.00 lebih tadi Mama pakaikan balik diapers. Nanti abang dah bangun nak diaperless balik.

Kalau takde pape aral, nak train abang diaperless ni arini, esok dan Ahad. Isnin ni insya-Allah akan mula cuti2 mesia ke KL dan Melaka. Masa jenjalan ni pakai diaper la kot. Sebab baru sangat potty train kan. 

Tahun depan mungkin tak hantar abang ke Taska Permata dah kot. Plan nak hantar abang ke PASTI pulak. Sebab abang dah 4 tahun so memenuhi syarat la. Tahun ni abang berusia 3 tahun so memang tak banyak pilihan tempat boleh hantar. Tapi hantar PASTI tu kena diaperless dan boleh basuh pee n poo sendiri. Aiyak, camne ek. Pasal diaperless tu insya-Allah boleh diusakan tapi pasal basuh sendiri tu, ermmmmm... kena usaha lebih la ni ajar Abang basuh sendiri bersih2. Ikutkan dia memang dia nak basuh sendiri aje kalo poo kat rumah tapi Mama yang tak harap takut tak bersih ke apa. Erm, kena ajar jugak la ni. Takpe2, sekarang ni nak fokus pada 'pee di toilet dulu'. Dah ok bab tu baru Mama akan ajar abang basuh sendiri bersih2.

Eh, merepek cerita pasal abang panjang2 pulak ye. Takde la, dah lama tak meroyan di blog, haruslah panjang ceritanya kan. Cerita adik pulak, haritu kan adik demam panas, jadi Mama ambik keputusan gunting rambut adik. Aduhai, memang sayang gile la dengan rambut adik tu. Semua pun cakap sayang tapi takpe la, terpaksa la gunting nak bagi adik selesa sikit berambut pendek kan. 

adik's new hair cut
pendek kan?

Lagipun nak jenjalan minggu depan. Mama sedang berusaha memastikan tahap kesihatan keluarga dalam keadaan memuaskan. Eh, sangat memuaskan la senang. Up sket kan. Dalam masa yang sama, Tok Mama ada pesan kat Mama supaya Mama pun jaga kesihatan jugak sebab kalau Mama sakit tunggang langgang la keluarga. Memang pun. Berdoa banyak2 dikurniakan kesihatan yang baik demi keluarga terchenta.

O ye, ari Jumaat last sekolah aritu adalah hari yang padat bagi Mama. Nanti Mama separate dalam entri lain ye. Sampai sini dulu berceloteh untuk warm up sebelum up entri2 baru. Insya-Allah.. ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥