Mana taknya, hari tu ada majlis persaraan PK HEM sekolah Mama. Bersiap itu ini untuk majlis tersebut. Dalam masa yang sama kena setelkan kerja2 sebelum mula bercuti. Haih, lap peluh..
Buku rekod mengajar Mama dah setelkan awal2. Sebab tau konpem kelam kelibut punya kalau siapkan last minit. Dah siap rekod paling penting tu baru senang hati Mama. Pastu kena key in data itu data ini. O ye, data PBS baru setel dua malam sudah. Lega hatiku...
Ok, berbalik kisah majlis persaraan tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kita tengok gambo jela ek. hihi..
yang diraikan diarak ke dewan
Tn Hj Shahrom bin Idris
PK HEM
selamat bersara..
Selesai majlis, hari masih awal jugak lagi. Baru jam 11.15 pagi so sempat la menghabiskan kerja2 yang belum selesai. Mama plan nak terus balik pas bunyi loceng sebab petang tu ada event penting Abang Iman. Jam 2.30 petang bermula dan cikgunya dah pesan kena ada di sekolah Abang sebelum jam 2.00 petang.
Tapi disebabkan masih ada kerja, walau bukan kerja Mama sebenarnya, hanya membantu saja, tapi takpe la tolong-menolong kan apa salahnya. Alih2 jam 1.00 camtu baru balik. Tu pun terpaksa tinggalkan kawan2 menyiapkan tugasan untuk program malam ni. Ha, yang tu next entri ek.
Kelam kabut balik rumah ambik Adik. Memang tak sempat nak baring walau memang rasa macam nak baring sat tapi tak sempat. Pi mai pi mai last2 jam 2.25 petang baru keluar rumah. Sampai2 sekolah Abang.. laaa.. kami yang terawal rupanya. haha.. Takpe la, sampai awal boleh bernafas sikit sebab tadi kat rumah dah semput kan. huhu..
Ok, bersambung.. aci tak?
0 comments:
Post a Comment