♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, December 14, 2012

RUMAHku Syurgaku

Tolak minggu ni, tinggal 2 minggu je lagi baki cuti sekolah. Rasa macam banyak benda yang plan nak buat masa cuti ni tak terbuat2. Antaranya mengemas umah. haha. Last2 Mama buat kesimpulan, bila ada anak kecik 24 jam di rumah bersama2, memang susah nak rumah tu kemas sekemas-kemasnya.

So pendekatan Mama *ecewah, pendekatan tuuu* adalah kemas je apa patut asal sedap mata memandang dan tak la serabut sangat sudehhh. Nak wat cemana lagi, mainan tu duk dalam bakul beso, Mama masukkan dalam bakul, ada je tangan nak tuang balik ke lantai. 

Beskal, kereta, moto *amboi* pun bergelimpangan sana sini sampai nak jalan pun kena senget2 dah. Rumah tak beso mana. Biasanya masa sekolah Mama akan bio je anak2 main. Malam dorang dah tido baru Mama kemas mainan tu semua.

Nak mop lantai pun tak boleh bila anak2 jaga. Dah beberapa kali try. Dorang yang eksaited lebih, acane tu? Eksaited saja takpela jugak. Ni siap nak men luncur2 atas lantai yang basah tu. Sejarah jatuh terlentang jangan cakap la, dua2 ada sejarah. Bila dah jatuh terlentang tu bising la mulut Mama ni membebel sebab dah pesan awal2 lantai licin jangan main. Alah, budak kecik dua orang tu reti apa. haha.

Semalam berlaku lagi 1 peristiwa yang buat Mama macam, urrrggghhh geramnyaaaa... Bukan geram dengan anak2 tapi geram dengan tuan umah. Tau tak apa peristiwa yang boleh jugak nak gelar tragedi tu? Pintu bilik air tertanggal!!!

tengok pintu tu Mama dah alihkan masuk dalam
sebab dia dah terkulai dengan jayanya

 Tensen tak? Eh, bukan bilik air, pintu tandas. Geram dengan tuan rumah bukan sebab apa, perihal pintu ni dah maklumkan berkali2. Pintu tu masih ok, yang bermasalah adalah bingkainya. Dimakan anai2 maka hanya tinggal kulit luar je. Kayu dalam tu dah takde. So bayangkan la camne pintu yang berat tu nak bertahan pada kulit bahagian luar tu je. Lama2 mesti la tertanggal jugak kan.

pintu bilik belakang aka stor
dah dimakan anai2


Aduhai.. actually bukan pintu bilik air je bermasalah. Pintu bilik pun sama. Yang masih-boleh-diterima pun hanya pintu bilik depan je. Bilik tengah dan bilik belakang pun bermasalah dimakan anai2. Pintu bilik tengah lagi la, bingkainya dah habis sebelah. Tinggal bingkai kat bahagian pintu depan je masih bertahan. Bertahan ok, bukan takde masalah. Tunggu hari jugak tu.

tengok bingkai dia
sebelah dah habis kena buang sebab teruk sangat
anak2 suka korek2 dan Bunyamin suka makan eiiyek...

ni bahagian sebelah lagi
bertahan je ni..
tengok tinggal kayu je.. isi kena makan dah..

Taktau la tuan rumah kami ni. Dah berkali2 bagitau tapi takde tindakan pun. Pindah kang baru tau. Tapi sayang nak pindah sebab jiran2 baik, siap tolong angkat kain kalau kami takde di rumah, haha. Ambik berat kalau anak2 sakit. Pastu kawasan kejiranan kami ni ramai Melayu so rasa selamat sikit. Maklum la kami ni selalu tinggal tiga beranak saja.

Urrgghhh.. bila keadaan rumah camni mula la takde mood. Mama ni dah la jenis kena ada mood baru seronok buat keje. Kalau mood kelaut camni memang rasa cam tak semangat je. Tapi yela kan, nak wat cemana bukan rumah sendiri. Tengok la camne nanti dia nak cakap pasal pintu tu. 

Tengah duk cerita2 kat Ayah *masa jadi Ayah keje* tetiba Ayah buat ayat yang buat Mama tergelak. Kurang la sket stress sebab rasa lawak je dengan soalan Ayah tu. Ayah tanya 'cemana nak berak?' haha. Lawak je. Yela, pintu takde so feel pun takde kan. Jawabnya kena la buat tabir kain kot sementara ni. Sementara ke selama-lamanya taktau la.

Owh, cepat2 la ada rezeki beli tanah buat rumah sendiri. Tak sabar!

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥