♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, January 24, 2013

Cerita Demam LAGI

Sori la asyik cerita pasal demam je..

Aritu cerita pasal Iman yang lelah. Arini nak cerita pasal Bunyamin pula. Entah mengapa Bunyamin demam tiap2 minggu pulak baru2 ni. Risau Mama dibuatnya. Mama syak Bunyamin demam sebab nak tumbuh gigi. Sebab sekarang ni tiba2 giginya banyak. Dah ada 12 batang dah. Kalau tak duk 8 batang tu jela..

Bunyamin ni dia ok je petang tu. Siap main2 lagi. Malam tu tengok Maharaja Lawak final pun dia ok je lagi. Tapi ada la rasa mula panas sket2. Tapi kalau dia masih boleh main dan tak merengek tu kira ok la.

Esoknya badan tak panas pun tapi merengek je sepanjang hari. Risau dah Mama ni. Mula la Mama takde mood nak buat kerja apa pun bila Bunyamin mula nak demam. Maka Sabtu Ahad yang lalu memang mengadap Bunyamin jela.

Kebetulan malam minggu tu Iman sibuk nak gi rumah Nenek. Kat rumah Nenek ramai yang balik. Ayah gi ngaji. Mama nak hantar tapi Bunyamin pulak merengek je manjang. Masa ni badannya belum panas lagi. Berkali kali kali cek suhu tetap tak demam tapi merengek memanjang. Eran jugak memula tu.

Last2 pakciknya datang ambik Iman dan Iman tidur di rumah Nenek. Tinggal la Mama dan Bunyamin berdua saja. Dah tengah malam sikit badan Bunyamin mula panas. Mama memang takkan biar kalau badan Bunyamin panas.

Terus bangun jelum kepala Bunyamin dengan air paip campur asam jawa. Ni petua sendiri je. Takde dapat dari sesiapa pun. Sebab Mama fikir asam jawa tu kan sejuk. Biasanya bila anak demam memang jelum camtu la. Sebab malam2 takut nak kuar ambik daun bunga raya dan lidah buaya.

Ha, tanam dua2 tu depan rumah semata2 ready untuk anak demam la tu. hihi. Tapi bunga raya putih adalah susah nak hidup. Yang ada bunga raya warna lain selain putih je. Blasah la asalkan namanya daun bunga raya sudeeehh.. hihi..

Malam minggu dan malam Isnin tu tidur tidak keruan sebab anak demam. Mimpi berkali2. haha. Sebab tidurnya sekejap2 kan. Pagi Isnin tu serba salah sama ada nak gi kerja atau nak ambik cuti je sebab badan Bunyamin panas sampai 39'. Tinggi rasanya.

Aritu yang dia kena tarik tu suhunya 40'. Memang risau sangat. Tapi alhamdulillah Bunyamin tak batuk dan selsema. Cuma demam sahaja.


Tapi pagi Isnin tu cek suhu dah 36 37 camtu. Last2 Mama buat keputusan gi jugak kerja cuma bekalkan termometer kat pengasuh, keep on calling pengasuh dan pesan kalo panas sangat cepat2 call Mama.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Bunyamin still demam masa di rumah pengasuh tapi pengasuhnya jelum 2 kali. Kata pengasuhnya tanak kacau Mama kerja. Syukur dapat yang memahami tapi Mama memang tak kisah kalau dia call Mama boleh mintak keluar sekejap sebab ari Isnin kelas Mama sikit.

Balik petang tu ambik Bunyamin, badannya masih panas. Balik rumah terus tak ambik Iman di rumah Nenek lagi sebab Mama mengantuk sangat tak tidur 2 malam. Bunyamin menyusu dan turut tido sama Mama.

Bangun tido petang tu dah berpeluh badannya. Mengucap syukur Mama. Lepas tu terus tak demam dah sampai sekarang. Alhamdulillah...

Anak kalau demam memang merisaukan tambah2 lagi anak2 Mama ada lelah kalau demam. Bunyamin siap pernah kena tarik lagi. Memang merisaukan. Itulah pengorbanan menjadi ibu dan bapa kan. Asal anak2 sihat, ibu bapa penat sikit pun takpe.

Ujian dan pengalaman buat Mama juga...

Yang Ini Pun Best



2 comments:

Dunia Syaffa said... [Reply to comment]

hay nampaknya kita senasib ya mama iman, saya juga 2 minggu kebelakangan sibuk ngurusin sikecil yang lagi demam batuk filek, sampai kerja kat office jadi tak tenang

mamaiman said... [Reply to comment]

tula pasal.. pfff.. kepenatan tapi seronok dpt jaga anak sendiri kan..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥