Menyusuri kembali perjalanan 2012 ini, bagi diri Mama sendiri tersimpan pelbagai memori. Ada pahit, ada manis. Yang pastinya, yang pahit itu dijadikan tauladan dan sempadan, yang manis itu dijadikan ingatan dan kenangan.
Mula2 nak sentuh tentang kesihatan diri. Sebab tahun 2012 ni banyak menyaksikan kesihatan Mama yang tidak memuaskan. Antaranya sakit telinga (2 kali pulak tu), sakit peha sampai takleh jalan, sakit pergelangan kaki juga sampai takleh jalan.
Demam takde, cuma sakit2 pelik yang tak penah kena tu, kena pada tahun 2012 ni. Sampai mc 3 hari pun ada. Banyak sungguh cabaran semasa perjalanan penyusuan Bunyamin ni. Masa Abang Iman dulu alhamdulillah Mama tak pernah sakit.
Tapi masa tu Mama rasa lagi berat kot ujian dan dugaan yang melanda. Sekarang ni walau diuji dengan kesakitan, alhamdulillah tak terasa berat sangat kerana ramai yang membantu terutamanya suami tersayang. Syukur juga kerana anak2 pun sangat memahami bila Mama sakit. Boleh main sendiri dan tak merap.
Dari segi kerjaya, alhamdulillah dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Mungkin ada sedikit kekurangan macam tak dapat selesaikan tugasan on time, tak punctual dari segi masa, terlupa dan lain2 tapi Mama puas hati jugak la dengan pencapaian tahun ni.
Azam asal tu nak datang kerja awal. Awal2 tu memang boleh datang awal, tapi dah makin hujung tahun, kerja makin bertimbun maka badan mula kepenatan dan selalu jugak terlajak tidur. hihi. Berazam juga taknak habiskan cuti rehat tapi terpaksa sebab kes sakit kaki sampai takleh bangun aritu.
Bercerita pasal keluarga pulak, alhamdulillah adik Mama dah selamat jadi isteri orang. Persiapan kenduri selama setahun sebelum sudah berakhir. Boleh la berehat memikirkan perihal kenduri dah.
2012, kami masih tinggal di rumah yang sama, tempat kerja yang sama. Anak2 pun hantar ke taska dan pengasuh yang sama. Cuma insya-Allah 2013 ni berhasrat nak beli rumah sendiri. Rumah murah2 saja, insya-Allah moga2 dimudahkan urusan. Abang pun akan dihantar ke tadika. Baju pun dah beli dan dah siap iron nak pakai esok, hari pertamanya di tadika. Tadika pun dekat je dengan rumah. Balik tadika transit kejap kat rumah Nenek.
Arini juga adalah hari terakhir Mama bercuti panjang. Esok bermulalah kembali perjuangan sebagai wanita bekerjaya. Tamatlah sudah episod unofficially fulltime housewife Mama.
Banyak perancangan masa cuti aritu sudah dilaksanakan. Ada juga yang tak sempat nak buat tapi Mama tetap puas hati dapat luangkan masa dengan anak2 teruna dan suami tersayang.
Segala persiapan untuk hari pertama esok sudah ready. Tadi dah baring nak tidur tapi mata susah nak lelap memikirkan macam2. Fizikal dan mental kena ready dan biasakan balik dengan rutin bekerja. Kan cuti lama, maka kena fikir banyak2 kali apa kena bawak esok.
Sedih juga sebab tak dapat nak hantar Abang daftar tadika esok. Nak buat camne, esok hari pertama Mama kerja juga maka susah la sikit nak datang lewat. Macam2 Mama pesan kat Abang, terutamanya bila dia nak buang air sebab kan baru je 2 bulan diaperless. Dalam beg Abang ada Mama ready sepersalinan t shirt dan seluar track serta pampers takut2 apa2 berlaku, nak mudahkan cikgunya.
Kalau nak coret semuanya, tak muat ruang kot. Ni kira apa yang Mama terlintas sajalah ye. Secara keseluruhannya, alhamdulillah 2012 banyak membawa kenangan manis. Moga 2013 menjanjikan yang lebih manis lagi.. ;)
1 comments:
happy new year..semoga kite jadi lebih baik dari tahun sebelumnye :)
Post a Comment