5 bulan! Bukan satu jangka masa yang singkat rasanya. Macam2 boleh berlaku sepanjang tempoh itu. Mama berdoa hari2 moga sentiasa murah rezeki susu buat si kecil bambam Mama itu.
Hari ini di sekolah Mama mengepam dua kali. Amboi, macam banyak sangat je dua kali sesi tu ye. Sepatutnya Mama perlu mengepam 3 kali kot kat sekolah, di rumah pula at least 2 kali (sebelum dan selepas tido).
Tapi virus M yang melanda ditambah lagi dengan kesibukan di sekolah dan kepenatan di rumah menyebabkan Mama skip mengepam di rumah. Di sekolah pun sempat sekali je.
Tu yang bila dapat mengepam dua kali terus teruja macam hape ke lagi. Biasanya dapat la 1-2 oz je sehari. Sangat sedey tapi takleh nak salahkan sesiapa sebab sendiri yang malas dan cuai mengepam.
Tapi harini dapat 3 oz pun dah rasa seronok dan mula naik kembali semangat. Kamon la Mama, ada lagi 5 bulan je nak struggle pun. Jangan la malas2 camni kesian kat adik.
Insya-Allah mulai harini nak semangat kembali macam zaman kegemilangan dulu. ecewah.. Sekurang2nya sehingga genap anakanda Bunyamin 2 tahun..
Doakan Mama ye..
0 comments:
Post a Comment